Tahukah anda berapakah jualan kumpulan Volkswagen pada bulan Mei 2017?
Lebih setengah juta atau 513,500 kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan di serata dunia. Angka tersebut meningkat 3.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.
Jualan global dari Januari hingga Mei 2017 pula ialah sebanyak 2,422,400 unit kenderaan. Menurun 0.4 peraus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pasaran terbesar kumpulan VW pula ialah di China yang mencatat jualan sebanyak 241,600 unit kenderaan pada bulan Mei 2017.
Ahli Lembaga Pengarah Jenama VW bahagian Jualan, Jürgen Stackmann berkata, "Mei adalah satu kejayaan buat jenama VW. Serahan kepada pelanggan di kesemua pasaran utama telah meningkat. Hasilnya ialah jumlah jualan dari Januari hingga Mei adalah pada aras yang sama tahun lepas. Kami telah berjaya melancarkan SUV Atlas (Tiguan Allspace) baharu di Amerika Syarikat. Beberapa lagi model baharu bakal dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang seterusnya mengekalkan momentum positif ini."
Di bawah ialah trend dan fakta jualan Kumpulan VW pada bulan Mei:
- 158,000 kenderaan diserahkan kepada pelanggan di Eropah. Jumlah itu meningkat 6.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas
- Di Jerman, sebanyak 50,800 kenderaan dijual dengan enam peratus peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Tiguan merupakan model VW paling popular di sana
- Tiguan turut popular di Rusia. Malah negara itu mempunyai angka jualan yang tinggi di Eropah dan Timur Eropah
- Di AS pula, 30,000 kenderaan diserahkan kepada pelanggan. VW Atlas baru sahaja dilancarkan pada bulan Mei dan sebanyak 1,600 unit telah diserahkan kepada pelanggan
- China pula adalah pasaran terbesar buat VW. Sebanyak 241,600 kenderaan diserahkan kepada pelanggan. Jumlah itu meningkat empat peratus berbanding bulan sama tahun lepas. Varian Tiguan menerima permintaan tinggi pada jumlah 29,100 unit terjual, peningkatan sebanyak 61 peratus.
- VW Magotan atau Passat B8 juga laris iaitu sebanyak 18,800 unit, peningkatan sebanyak 44 peratus. VW Teramont (VW Atlas/Allspace) baru dilancarkan selama dua bulan dan pada Mei sebanyak 5,000 penghantaran dibuat kepada pelanggan
Berikut ialah carta jualan Kumpulan VW pada bulan Mei:
Penghantaran kepada pelanggan mengikut pasaran |
Mei |
Mei |
Perbezaan |
Jan - Mei |
Jan - Mei |
Perbezaan |
Eropah |
148,100 |
158,000 |
+6.7 |
727,700 |
726,000 |
-0.2 |
Eropah Barat |
129,400 |
135,100 |
+4.4 |
640,400 |
623,100 |
-2.7 |
Jerman |
48,000 |
50,800 |
+6.0 |
239,300 |
225,800 |
-5.6 |
Eropah Tengah dan Barat |
18,700 |
22,900 |
+22.7 |
87,300 |
102,900 |
+18.0 |
Rusia |
5,600 |
7,100 |
+27.9 |
27,400 |
32,300 |
+17.7 |
Amerika Utara |
51,600 |
50,600 |
-1.9 |
229,800 |
229,300 |
-0.2 |
AS |
28,800 |
30,000 |
+4.3 |
125,200 |
133,900 |
+6.9 |
Amerika Selatan |
30,500 |
35,000 |
+14.7 |
150,800 |
166,500 |
+10.5 |
Brazil |
20,300 |
21,600 |
+6.3 |
101,200 |
100,200 |
-1.0 |
Asia-Pasifik |
247,700 |
254,700 |
+2.8 |
1,247,600 |
1,231,200 |
-1.3 |
China |
232,400 |
241,600 |
+4.0 |
1,171,800 |
1,163,200 |
-0.7 |
Jualan Global |
495,900 |
513,500 |
+3.5 |
2,432,200 |
2,422,400 |
-0.4 |
Penulis: Muhammad Md Tajudin