Dalam temubual ringkas bersama CEO Proton tiga hari lalu, Datuk Ahmad Fuaad Kenali baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa harga servis untuk produk Proton akan dikurangkan.
Terbukti akan janji beliau, tepat 1 Jun 2017, harga servis untuk produk Proton terkini memang diturunkan hampir 30 peratus.
Contohnya, servis 60,000 km (servis utama) untuk Proton Iriz AT sebelum ini ialah hampir kepada RM1,000, sangat tinggi untuk sebuah kenderaan yang berharga di sekitar RM50,000.
Namun Proton telah berjaya menurunkan kepada RM708.83 termasuk GST (menurut jadual harga servis terbaharu).
Harga servis yang mahal memang adalah antara masalah yang sering melanda pemilik Proton sebelum ini dan ia menjadi punca “come-back rate” yang sangat rendah bagi kenderaan Proton yang sudah tamat waranti untuk kembali ke pusat servis jenama tersebut.
Dengan langkah ini, diharapkan agar lebih banyak kenderaan Proton akan menghantar kenderaan mereka kembali ke pusat servis Proton kerana hanya Proton yang mempunyai alat, informasi dan pengetahuan untuk enjin dan transmisi serta fungsi lain di dalam kenderaan Proton.
Pusat servis Proton juga memastikan alatganti yang tulen dan lengkap dengan waranti alatganti dan kerja pembaikan.
Paling penting, sebarang buletin akan “update” atau pembaikan untuk kenderaan anda hanya diterima oleh pusat servis Proton sahaja.
Murah tidak bermaksud terbaik, dan sekiranya kenderaan diservis di pusat servis Proton, ia akan mempunyai nilai jual balik yang lebih tinggi.
Muat turun senarai harga servis berjadual untuk semua model Proton terkini di bawah ini.
Proton Suprima S Service Menu
Proton Saga Service Menu
Proton Preve Service Menu
Proton Exora Service Menu
Proton Iriz Service Menu
Proton Ertiga Service Menu