ZF merupakan syarikat dari German yang terkenal dalam menghasilkan transmisi automatik, baru-baru ini syarikat tersebut telah menghasilkan teknologi pemanas pada tali pinggang keledar khusus untuk EV.

Dengan menggunakan pemanas tali pinggang keledar ZF yang digabungkan dengan pemanas tempat duduk, EV tidak perlu menghasilkan terlalu banyak haba, terutamanya apabila tenaga itu diambil dari bateri.
ZF mengatakan teknologi itu dapat menjimatkan bateri dan meningkatkan jarak gerak sehingga 15 peratus.

ZF berkata teknologi itu berfungsi melalui "anyaman khas dengan konduktor pemanasan bersepadu", tetapi tali pinggang keledar itu tidak sepatutnya berasa terlalu panas, kerana ketebalannya tidak terlalu berbeza.
Jika dilihat pada keadaan EV semasa musim sejuk, teknologi itu dilihat dapat membantu, namun setakat ini tiada maklumat sama ada mana-mana pengeluar berminat untuk menggunakan teknologi tersebut.
Sumber: CarThrottle