Ford daftar paten tali pinggang keledar dengan pemanas terbina dalam

oleh Mohamad Hanif|
Di sesetengah negara sejuk, tempat duduk dengan pemanas terbina dalam merupakan antara ciri premium yang ditawarkan kepada para pengguna untuk keselesaan ketika musim sejuk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagi memastikan para pengguna Ford setiasa terjamin kehangatan suhu badan mereka, Ford mengambil keputusan untuk mendaftarkan paten tali pinggang keledar dengan alat pemanas terbina dalam.

Menurut daftar paten berjumlah 31 muka surat yang diperoleh daripada U.S. Patent and Trademark Office, Ford 'menjahit' elemen pemanas elektrik di dalam tali pinggang keledar dan kuasa akan disalurkan ketika pemandu atau penumpang memakainya ketika berada di dalam kereta. 
 


Bagi memenuhi kehendak pelanggan, Ford juga menawarkan beberapa corak jahitan elemen pemanas dan rekaan buckle tali pinggang yang berbeza-beza.

Dengan adanya rekaan sebegini pada kenderaan pada masa akan datang, para pengguna tidak perlu risau oleh kerana ia akan memastikan badan mereka sentiasa hangat ketika pemanduan di musim sejuk.  
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda…