Zeekr X - SUV elektrik kompak dari platform SEA, 0-100 kmsj bawah 4 saat

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan model shooting brake 001 dan minivan 009, jenama EV premium Zeekr terus meluaskan portfolio kenderaan elektrik mereka dengan memperlihatkan sebuah model baharu berbentuk crossover Zeekr X.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dari segi dimensi, Zeekr X membawakan ukuran sepanjang 4,450 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,572 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm.
 

X


Ia menjadikan Zeekr X 180 mm lebih panjang berbanding model smart #1 walaupun mengekalkan jarak antara roda yang sama panjang.

Bahagian depan model SUV elektrik ini membawakan rekaan lampu terpisah, di mana bahagian seksyen atas muncung menempatkan unit lampu nyalaan siang LED, diikuti dengan garis hud yang pendek dan liang kemasukan udara menegak pada bahagian bampar.

Profil sisi mengingatkan kita kepada Volvo XC40 tanpa sebarang komponen pemegang pintu, garis badan yang tajam, serta aksen hitam berkilat pada bahagian arka roda, cermin sisi dan bumbung.
 

X


Beralih kepada bahagian belakang, anda akan dapat melihat bar lampu LED melintang penuh dengan logo Zeekr bercahaya, serta rekaan tingkap yang agak kecil disebabkan garis bumbung Zeekr X yang rendah di bahagian tersebut.

Geely masih lagi belum mendedahkan secara rasmi spesifikasi kuasa dan kapasiti bateri Zeekr X, namun menyebut pecutan 0-100 km/j adalah di bawah empat saat.

Angka tersebut dilihat menyamai prestasi 3.9 saat yang dibuat oleh smart #1 Brabus dengan spesifikasi motor elektrik berkembar berkuasa 422 hp itu.
 

X


Zeekr X bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran China menjelang suku kedua 2023, sebelum ia ditawarkan untuk pasaran Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan The Business Times, dua model pertama yang akan dibawa masuk oleh pengedar sah…
Model Terbaharu
Zeekr X mempunyai dimensi dengan ukuran panjang 4,450 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,572 mm dan jarak…