Jenama EV mewah Zeekr masuk pasaran Singapura 1H 2024

oleh Mohamad Hanif|
Geely bakal memperluaskan penawaran kenderaan mereka di pasaran Singapura menerusi kemasukan jenama kereta elektrik mewah Zeekr pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan The Business Times, dua model pertama yang akan dibawa masuk oleh pengedar sah Premium Automobiles Group ialah Zeekr 009 dan Zeekr X, sekaligus menjadikan Singapura sebagai pasaran pertama yang menerima model pemanduan sebelah kanan (RHD).

Ini kerana dalam satu laporan berasingan daripada Bloomberg, model RHD Zeekr akan membuat kemunculan di Hong Kong dan Macau pada separuh kedua 2024 (2H 2024).

Kedua-dua model tersebut dijangka akan mula dijual pada separuh pertama 2024 (1H 2024), dan pemilik akan menerima unit masing-masing bermula Jun atau Julai tahun ini.
 

Zeekr


Menurut wakil jurucakap Premium, model Zeekr akan dihargakan lebih kompetitif berbanding jenama mewah Jerman seperti BMW dan Mercedes-Benz.

Zeekr 009 merupakan sebuah minivan enam tempat duduk yang menawarkan jarak gerak sejauh 800 km, terima kasih kepada pek bateri 140 kWh, dengan ukuran dimensi sepanjang 5.2 meter.

Sementara Zeekr X pula merupakan model terbaharu jenama itu dalam bentuk SUV kompak, boleh didapati dalam tetapan motor elektrik tunggal atau dua motor, dengan jarak gerak sejauh 560 km dengan menggunakan pek bateri 66 kWh.

Baca: Zeekr 009

Baca: Zeekr X

Sumber: The Business Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan apabila syarikat dibawah naungan Geely itu berjaya…
Model Terbaharu
Hadir sebagai pesaing kepada Tesla Model S Plaid, Zeekr 001 FR menampilkan empat motor elektrik…
Berita Global
  Kedua-dua model itu akan diperkenalkan di Sweden dan Belanda pada lewat 2023 dan disusuli…