Zeekr 001 FR debut - 4 motor elektrik, naik taraf komponen prestasi, 1,248 HP

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah menerima kemaskini pada awal tahun ini, Zeekr kini memperkenalkan pula versi prestasi 001 FR yang menampilkan naik taraf komponen dengan rupa lebih agresif.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Hadir sebagai pesaing kepada Tesla Model S Plaid, Zeekr 001 FR menampilkan empat motor elektrik yang mampu menghasilkan sehingga 1,248 HP dan 1,280 Nm!

Selain peningkatan prestasi, tetapan empat motor elektrik itu juga membolehkan kendalian dengan tarikan 1.4 G di selekoh, ia turut membenarkan ciri tank turn dan pusingan 360 darjah.

 

2

 

Angka kuasa yang kebiasaannya hanya boleh dihasilkan oleh hypercar itu membolehkan 001 FR memecut dalam keadaan rolling start dari 0-100 kmj dalam masa 2.07 saat sahaja.

Walau bagaimanapun, kelajuan tertingginya hanya dihadkan pada 280 kmj, berbanding pesaingnya Tesla Model S Plaid yang mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 322 kmj.

Untuk menghasilkan angka kuasa yang mengagumkan itu, 001 FR menggunakan teknologi penyejukan “straight waterfall oil cooling technology”, serta motor belakang dibalut dengan gentian karbon.

 

3

 

Naik taraf itu membantu memastikan sistem berjalan lancar, namun prestasi puncak hanya tersedia selama 10 saat pada satu-satu masa dan hanya apabila ianya memiliki cas bateri melebihi 50 peratus.

Kuasa itu dijana oleh pek bateri berkapasiti 100 kWj yang menyokong teknologi 800V, dan walaupun Zeekr tidak mendedahkan angka jarak gerak, namun bateri tersebut boleh dicas dari 10-80 peratus dalam masa 15 minit sahaja.

Bagi memberhentikan 001 FR dengan angka kuasa baharu itu, sistem brek turut dinaik taraf dengan angkup 10 omboh AP Racing bersama cakera Brembo bersaiz 420 mm di depan, dan angkup 4 omboh bersama cakera 410 mm di belakang.

 

5

 

Dari segi rupa, 001 FR tampil lebih agresif dengan kit badan gentian karbon termasuk splitter hadapan, skirt sisi, diffuser belakang dan spoiler lebih besar.

Ia turut menampilkan bumbung gentian karbon dan rim aluminium bersaiz 22 inci yang membantu mengurangkan beratnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan The Business Times, dua model pertama yang akan dibawa masuk oleh pengedar sah…
Berita Global
Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan apabila syarikat dibawah naungan Geely itu berjaya…
Berita Global
  Kedua-dua model itu akan diperkenalkan di Sweden dan Belanda pada lewat 2023 dan disusuli…