Mercedes buka pusat pengedar khas untuk model EQ di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun sudah mempunyai jaringan berjumlah 204 pusat pengedar dan 167 pusat servis di seluruh negara Matahari Terbit, ia tidak menghalang Mercedes-Benz daripada terus meluaskan perkhidmatan mereka.

Terbaharu, Mercedes-Benz Jepun membuka secara rasmi sebuah pusat pengedar pada 6 Disember yang dikhaskan untuk menjual barisan kenderaan elektrik Mercedes-EQ yang terletak di Yokohama.
 

EQ


Fasiliti tersebut mempunyai ruang untuk mempamerkan lima buah kereta baharu, selain terdapat ruang untuk pengecasan CHAdeMO dan ruang yang dikhaskan untuk pelanggan mengambil kereta baharu mereka.

Selain itu, pusat pameran ini turut menempatkan ruang bengkel yang menyediakan sehingga lima ruang servis.
 

EQ


Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengguna beralih kepada EV, Mercedes-Benz Jepun turut memperkenalkan sebuah program baharu MB Rent yang membolehkan pengguna menyewa mana-mana model EQ untuk tempoh jangka masa yang tertentu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model ini menjadi antara produk penting dalam sambutan ulang tahun “140 Years of Innovation”…
Berita Global
Model yang bakal dikenali sebagai C-Class dengan teknologi EQ itu tampil dengan kabin futuristik…
Berita Global
Lebih 25 peratus komponen dalam EQS baharu telah dibangunkan semula atau ditambah baik, termasuk…