Yangwang U7 - sedan mercu daripada BYD, empat motor elektrik, kuasa lebih 1,000 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu jenama di bawah BYD, Yangwang telah mendedahkan model produksi ketiga dalam bentuk sedan Yangwang U7, dengan kuasa dijangka melebihi 1,000 hp.

Menurut laporan, sedan berprestasi tinggi ini akan mula dijual di pasaran China menjelang separuh kedua tahun 2024.

BYD Yangwang U7 dibina berdasarkan platform e4 - struktur sama yang menjadi asas kepada SUV U8 dan supercar U9.
 

BYD


Penggayaan luaran sedan U7 ini menerapkan elemen yang terdapat pada model U9, termasuklah grafik lampu hadapan berbentuk C serta lampu belakang yang melintang penuh.

Bukan itu sahaja, pengeluar itu turut mendakwa sedan U7 ini mampu menjadi kereta yang paling aerodinamik, dengan angka pekali seretan serendah 0.195 Cd.
 

BYD


Menerusi akaun rasmi WeChat, Yangwang mengesahkan U7 mampu mengekstrak kuasa melebihi 1,000 hp daripada empat motor elektrik.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada sedan tersebut akan menampilkan trenkuasa penambah jarak seperti yang terdapat pada SUV U8, atau elektrik penuh pada U9.

Apa yang pasti, harga jualan sedan ini mampu mencecah aras 1 juta yuan (RM647,242) apabila ia dilancarkan secara rasmi di China kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Imej rasmi menunjukkan SUV berkenaan membawa identiti “Ocean 8”, manakala sedan pula dikenali…
Berita Global
Berdasarkan laporan CarNewsChina, BYD merekodkan jualan 414,784 kenderaan penumpang pada Disember…
Berita Global
Tiada sebarang rancangan atau persiapan Menurut laporan Electrek, khabar angin tersebut mendakwa…