Yamaha YZF-R15M 2022 - ciri quickshifter, ABS dua saluran, 5 bintang MyMAP, dari RM14,998

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor selaku pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia selesai melancarkan motosikal super sports aras mula Yamaha YZF-R15M untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal bersesaran 155 cc sejukan cecair dan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang mampu menjana kuasa setinggi 18.3 hp @ 10,000 rpm dan daya kilas 14.2 Nm @ 7,500 rpm.

Sistem transmisi pula adalah jenis enam kelajuan dengan bantuan klac slip & assist.
 

R15M


Selain daripada itu, R15M ini juga turut dilengkapi dengan suspensi hadapan jenis terbalik daripada KYB, penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, serta rim 17 inci yang dibaluti tayar 100/80 depan dan 140/70 di belakang.

Tidak seperti model terdahulu, R15 V4 kini didatangkan dengan rupa depan yang agresif, dimulakan dengan lampu utama yang lebih kecil menggantikan unit lampu berkembar pada model V3, DRL LED berkembar, diikuti dengan rekaan tangki, panel sisi dan penghadang lumpur serba baharu.

Versi tertinggi R15M yang dibawa masuk kali ini mendapat tambahan ciri seperti kawalan cengkaman (boleh dimatikan), sistem brek ABS dua saluran, penukaran gear pantas (quickshifter) dan juga suis cut-off enjin.
 

R15M


Dengan ciri keselamatan yang ada, Yamaha YZF-R15M kini menerima penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di bawah program penilaian motosikal Malaysia MyMAP.

Antara yang baharu pada R15M adalah skrin paparan LCD digital penuh yang mampu memaparkan lebih banyak informasi, serta boleh dihubungkan kepada aplikasi mudah alih Y-Connect.

Selain itu, skrin itu turut menyediakan dua jenis paparan iaitu Track untuk kegunaan di dalam litar dan Street untuk kegunaan tunggangan biasa.
 

R15M


Terdapat dua warna ikonik ditawarkan, iaitu The Signature M dan Monster Energy Edition.

Harga jualan untuk Yamaha R15M ini bermula dari RM14,998 dan boleh didapati bermula 30 Jun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…