Yamaha YZF-R15 dilancarkan - 3 pilihan warna menarik, harga bermula dari RM11,988!

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memulakan kempen Karnival Gen Blu pertama mereka pada tahun ini dengan memperkenalkan motosikal ikonik Yamaha YZF R15 pada acara pembukaan Karnival Gen Blu Yamaha bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Menampilkan semangat "Unbeatable Spirit", motosikal ini didatangkan dengan pakej dinamik yang mampu menaikkan semangat tunggangan sejati dan memberikan pengalaman yang menarik, khusus untuk golongan penunggang muda. 

 


Menurut Dato' Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM berkata, dengan pelancaran YZF R15 ini diharapkan mampu menaikkan standard motosikal di bawah segmen 200 cc dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di dalam pasaran. 

Yamaha YZF R15 ini dikuasakan enjin 155cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan 14.2 kW dan 14.7 Nm daya kilas yang digandingkan dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan.

Enjin ini menampilkan teknologi VVA iaitu Variable Valve Actuation yang mampu memberikan kuasa yang berterusan tanpa mengorbankan daya kilas terutama ketika julat putaran enjin yang rendah sehingga pertengahan. 

Motosikal ini juga turut dilengkapkan dengan ciri klac Assist & Slipper yang memberikan penukaran gear yang lebih lancar serta tunggangan yang lebih menyeronokkan. 

 


Dengan rekaan luaran yang serba ranggi, dibantu dengan lampu depan jenis LED berkembar yang mampu memberikan pencahayaan maksima dan lampu belakang LED yang membantu pengguna jalan raya lain mengesan penunggang ketika waktu malam. 

Buat pertama kalinya, Yamaha YZF R15 turut disertakan ciri lampu hazard ala motosikal besar yang pertama di dalam kelasnya untuk kegunaan di saat kecemasan. 

 


Pihak HLYM meletakkan harga jualan bagi Yamaha YZF R15 ini dengan harga jualan yang sangat kompetitif bermula dari RM11,988 di atas jalan, tertakluk kepada perubahan, dengan sasaran jualan sebanyak 500 unit sebulan. 

Setiap pembelian model Yamaha YZR R15 ini akan turut menerima cenderahati percuma berupa sebuah Yamaha Disc Lock yang hadir dengan ciri kad sekuriti dan 6 mm locking pin yang tahan lasak. 

 


Berikut merupakan spesifikasi ringkas Yamaha YZF R15

Enjin 155cc silinder tunggal, sejukan cecair (14.2 kW/14.7 Nm)
Transmisi manual enam kelajuan
Suspensi Telescopic Fork terbalik hadapan
Suspensi Link Monoshock belakang
Lengan ayun (swing arm) aluminium 
Lampu hadapan dan belakang LED
Kapasiti tangki bahan api 11 liter
Tinggi tempat duduk 830 mm
Tayar hadapan 100/80 
Tayar belakang 140/70
Rim 17 inci
Warna Kuning, Hitam dan Biru Yamaha

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Tunggang Uji
Apapun, R15 nyata nampak "laju" walaupun semasa pegun. Tidak banyak ada motosikal 150cc dengan…