Yamaha Vino 2024, warna baharu, kuning gugur, harga kekal

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha Vino Graphite Black
Yamaha Vino Graphite Black
Pada Mei 2023 Careta melaporkan tentang skuter comel Yamaha Vino untuk pasaran Jepun. Rupa-rupanya Yamaha mempunyai rancangan baharu untuk skuter itu.

Bermula 29 Februari, Yamaha akan mengedarkan Vino 2024 dengan tiga warna baharu iaitu Fighting Red, Puco Blue dan Matte Jeans Blue Metallic.

Warna kuning yang menyerlah pada skuter gaya retro-pop ini digugurkan. Tiga warna tersebut dimeriahkan lagi dengan dua jaluran baharu pada sisi badan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha Vino Fighting Red 2024

Vino 2024 kekal digerakkan enjin kecil 49cc SOHC, silinder tunggal, empat lejang, sejukan udara yang menghasilkan 4.5 ps pada 8,000 rpm dan tork 4.1Nm pada 6,000 rpm.

Enjin dengan sistem pancitan bahan api itu dibekalkan tangki petrol 4.5 liter. Tiada brek cakera dan memadai dengan brek gelendong depan dan belakang.

Walaupun brek biasa, tidak bermakna kurang canggih. Sistem brake combi membahagikan kuasa membrek kepada roda depan apabila tuil brek belakang ditarik.

Melalui pembahagian daya atau kuasa tersebut, pembrekan menjadi seimbang.

Yamaha Vino Harvest Beige 2024

Satu lagi ciri canggih ialah sistem Idling Stop atau mula/henti yang mematikan enjin apabila berhenti sebagai contoh ketika di lampu isyarat.

Ringkas dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan penggunaan petrol dan pelepasan karbon dioksida.

Dari segi kebolehgunaan, Vino dilengkapi bekas simpanan yang boleh memuatkan botol plastik 500 milileter (ml).

Cangkuk pada tengah panel boleh menampung beban sehingga 500 gram. Di sebelah terdapat kotak simpanan dan di dalamnya disediakan soket 12V.

Yamaha Vino Puco Blue 2024

Untuk menyimpan topi keledar atau barangan lain, ruang di bawah pelana mempunyai kapasiti 20 liter.

Panel meter Vino ringkas sahaja, tiada paparan digital dengan grafik moden.

Cukup dengan jarum sehingga 60 kilometer sejam, makluman penukaran minyak enjin dan maklumat asas seperti sukatan petrol, jam dan perbatuan.

Yamaha Vino Matte Jeans Blue Metallic 2024

Dari segi ukuran, skuter ini boleh ditunggang secara mudah dengan tinggi pelana 720 milimeter (mm) dan jarak kelegaan bumi 105 mm. Beratnya pula 81 kilogram.

Berkenaan harga, Yamaha mengekalkannya seperti tahun 2023 iaitu 214,500 yen.

Pada 26 Mei 2023, jumlah itu bersamaan RM7,024 dan kini menurun kepada RM6,863.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Yamaha Vino Mahogany Brown Metallic 2024