
Dengan rekaan yang comel, Vino dibekalkan enjin kecil 50cc, 4 lejang, silinder tunggal, SOHC, 2 injap dan sejukan cecair.
Enjin itu menggunakan sistem pancitan bahan api dan menjana kuasa 4.5 PS pada 8,000 rpm dan tork 4.1Nm pada 6,000 rpm.
Tangki petrol pula biasa sahaja, hanya 4.5 liter dan sesuai untuk kegunaan harian.
Satu ciri canggih pada Vino ialah sistem Idling Stop yang menghentikan operasi enjin semasa berhenti dan mengurangkan penggunaan petrol, pelepasan CO2 dan bunyi.

Yamaha turut melengkapi Vino dengan Combi-Brake System yang membahagikan daya brek kepada roda depan apabila tuil brek belakang (kiri) ditarik.
Sistem itu membantu tugas pembrekan supaya berada di dalam keadaan stabil.
Untuk kegunaan penunggang, Yamaha menyediakan ruang di sebalik panel depan yang boleh memuatkan botol PET 500ml.
Di sebelah kiri ada kotak bertutup untuk menyimpan barangan kecil seperti topeng muka dan diturut dilengkapi soket 12V.

Di bawah pelana, ada ruang simpanan 20 liter untuk memuatkan topi keledar dan baju hujan.
Dimensi panjang Vino ialah 1,650mm dengan lebar 670mm dan tinggi 1,015mm. Pelana berketinggian 720mm dengan kelegaan bumi 105mm.
Berat motosikal ialah 81 kilogram dan saiz tayar pula kecil sahaja dengan ukuran 80/100-10 46J untuk kedua-dua bahagan depan dan belakang.
Bagaimana dengan harga? 214,500 yen (RM7,024).

Penulis: Muhammad Md Tajudin