Yamaha Tricity 300 ABS, dua roda depan, alternatif kepada XMAX

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha Tricity 300 ABS
Yamaha Tricity 300 ABS
Yamaha serius dalam penghasilan motosikal roda tiga, dua di depan dan satu di belakang. Terminologi yang digunakan ialah Leaning Multi Wheel atau LMW. 

Sejarah LMW Yamaha bermula dengan model 125 yang pertama kali diperkenalkan di Thailand pada April 2014 sebelum menyusul ke Jepun dan negara lain termasuk di Eropah.

Sebelum itu lagi atau pada tahun 2006, Piaggio mengeluarkan skuter MP3 dengan dua roda depan yang boleh condong ke kiri atau kanan.

Selepas Tricity 125, Yamaha mengeluarkan pula Tricity 155 dan kini giliran saiz sederhana, Tricity 300. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha TRICITY 125
Yamaha TRICITY 125 baharu

 

Skuter LMW itu dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Tokyo pada Oktober dan kemudian pada November sempena EICMA 2019. 

Pengenalan itu meletakkan Tricity 300 di bawah NIKEN di dalam hirarki motosikal LMW. 

Yamaha pada 24 Ogos mengumumkan penawaran Tricity 300 ABS di Jepun dan dijadual memasuki pasaran pada 30 September 2020.

Keunikan LMW ialah suspensi yang condong mengikut darjah penurunan ke sisi motosikal dan stabil di atas jalan lurus.

Tricity 300 membelok seperti motosikal biasa dan berbeza dengan kereta yang mempunyai dua roda di hadapan di mana tayar berpusing ke kanan dan kiri secara rata apabila membelok.

Apabila berhenti, teknologi Standing Assist System pada Tricity 300 membolehkan penunggang meletakkan kaki di atas pelantar tanpa menurunkannya ke permukaan jalan.

Yamaha NIKEN
Yamaha NIKEN

 

Disebalik badan Tricity ialah enjin dengan teknologi Blue Core yang disesuaikan dari XMAX 300.

Pemetaan atau amaun pancitan bahan api dan pemasaan pencucuhan dikawal secara optimum bagi memperbaiki tahap kecekapan minyak dan karakteristik daya kilas.

Enjin silinder tunggal SOHC itu berkuasa 29 PS pada 7,250 rpm dan tork 29 Nm pada 5,950 rpm.

Penggunaan minyak pula 38.4 km/l pada kelajuan 60 km/j dengan dua penumpang manakala kapasiti tangki minyak ialah 13 liter.

Dari segi saiz, ukuran Tricity 300 berada dalam kategori sederhana iaitu panjang 2,250 mm, lebar 815 mm dan tinggi 1,470 mm dengan berat 237 kg.

Yamaha Tricity 300 ABS

 

Untuk pengendalian, Tricity 300 dilengkapi suspensi teleskopik di depan dan dihentikan oleh brek dengan sistem ABS. 

Dua brek cakera dipasang di sebelah dalam roda dan bukan di luar seperti kebiasaan motosikal lain.

Teknologi UBS (Unified Brake System) yang membolehkan brek depan dan belakang diaktifkan secara serentak dan dan memberikan keseimbangan lebih baik.

Dari segi praktikaliti, bahagian bawah kerusi mempunyai ruang untuk memuatkan dua topi keledar saiz penuh.

Untuk harga pula, Yamaha Tricity 300 ABS dijual di Jepun pada harga 957,000 yen atau bersamaan RM37,785.

Yamaha Tricity 300 ABS

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin. Kredit foto: Yamaha

Berita Berkenaan

Berita Global
  Projek ini adalah hasil kajian selama hampir tiga tahun bagi mendapatkan ciri aerodinamik yang…