WMC300FR, skuter elektrik hibrid ubah suai dari Yamaha Tricity

oleh Muhammad Md Tajudin|
WMC300FR
WMC300FR
Sebelum ini kami pernah laporkan tentang White Motorcycle Concepts (WMC), sebuah syarikat dari United Kingdom yang membangunkan motosikal WMC250EV dengan kelajuan mencecah 400 km/j.

WMC kembali lagi dan kali ini memperkenalkan WMC300FR, sebuah skuter elektrik hibrid yang direka khas sebagai kenderaan penggerak balas pertama (first responder) untuk tugas-tugas kecemasan.

Macam biasa nampak? Sama seperti tajuk artikel ini, WMC300FR asalnya adalah sebuah Yamaha Tricity 300. 

Selain itu, ianya juga dibangunkan dengan kerjasama Polis Northamptonshire.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
WMC300FR

 

Projek ini adalah hasil kajian selama hampir tiga tahun bagi mendapatkan ciri aerodinamik yang mengurangkan seretan (drag).

WMC mengubahsuai Tricity 300 dengan memasang sistem bantuan kuasa hibrid yang terdiri daripada dua bateri boleh alih 56V 12Ah dari EGO Power+.

WMC juga memasang Venturi Duct iaitu laluan udara yang berfungsi untuk mengurangkan seretan dengan menolak angin mengggunakan laluan bahagian dalam skuter berbanding melalui keliling badannya.

 

WMC250EV

 

Venturi Duct adalah komponen yang dipatenkan oleh WMC dengan motosikal WMC250EV menggunakan kaedah yang sama dan dikenali sebagai V-Air.

Turut membantu dari segi rintangan ialah fender depan aerodinamik yang mengalirkan udara ke laluan venturi seterusnya mengurangkan rintangan depan.

Dengan rekaan tersebut, kurang tenaga diperlukan untuk memacu skuter WMC300FR ke depan.

WMC300FR

Untuk pacuan elektrik, sistem bantuan hibrid dengan kuasa sehingga 5kW berfungsi secara majoriti pada julat kelajuan rendah dengan meningkatkan tenaga pecutan dan jarak tunggangan.

Ciri tersebut turut membantu apabila kurang petrol diperlukan sehinggalah kesan venturi dapat dirasai secara signifikan serentak dengan penambahan kelajuan seterusnya memaksimumkan penggunaan petrol.

Idea di sebalik skuter ini ialah tenaga elektrik membekalkan kuasa pada kelajuan rendah manakala ciri aerodinamik membantu dari segi mengurangkan rintangan.

 

WMC300FR

 

Impak konsep tersebut boleh dilihat pada penggunaan petrol yang lebih rendah selain penurunan pelepasan emisi.

Satu lagi perkara menarik, projek ini menggunakan dana geran kerajaan UK iaitu Office for Zero Emission Vehicles (OZEV), Advanced Propulsion Centre (APC) dan Niche Vehicle Network (NVN).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

WMC300FR

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Skuter tiga roda ini direka secara khusus untuk kegunaan penggerak balas pertama (first…