Yamaha SuperJet ini menang Anugerah Red Dot 2022, YZF-R7 dan MT-09 turut diiktiraf

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha SuperJet
Yamaha SuperJet
Yamaha Motor Co., Ltd. pada 31 Mac mengumumkan kemenangan tiga model sekaligus iaitu SuperJet, YZF-R7 dan MT-09 di dalam Anugerah Reka Bentuk Red Dot: Reka Bentuk Produk 2022.

Suatu yang menarik apabila ianya tahun ke-11 berturut-turut Yamaha Motor menenerima Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

Anugerah Red Dot mempunyai pelbagai kategori dan disebakan itu SuperJet turut menerima pengiktirafan.

Anugerah Red Dot juga bukan calang-calang, ianya dianjurkan oleh Design Zentrum Nordrhein Westfalen dari Jerman dan satu daripada anugerah berprestij di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha SuperJet

Yamaha SuperJet

 

Tidak hanya mengeluarkan motosikal atau komponen kereta, Yamaha Motor juga mempunyai produk di atas air.

Contohnya adalah SuperJet iaitu sebuah kenderaan air peribadi (PWC) berdiri dengan rekaan baharu sepenuhnya dan dilancarkan pada tahun 2021.

SuperJet bukan baharu, generasi pertama dikeluarkan pada tahun 1990 dan kini berada pada generasi ketiga.

SuperJet 2021 menggunakan enjin TR-1 empat lejang tiga silinder 1049 cc berkuasa 100 hp.

Model sebelum ini dipasangkan enjin dua lejang 701 cc berkuasa 73 hp.

 

Yamaha SuperJet

 

Dari segi reka bentuk, gayaan tajam SuperJet seperti model lumba dengan bahagian depan lebar.

PWC ini juga dilengkapi fungsi pelarasan hendal untuk menyesuaikannya dengan saiz badan dan citarasa, tempat letak kaki yang dibesarkan dan mod penekanan (suppresion) enjin.

Yamaha SuperJet dikeluarkan di Jepun dan harga di Amerika Syarikat bermula dari USD9,799 (RM41,195).

Yamaha YZF-R7

Yamaha YZF-R7

 

Motosikal mid weight super sport ini dari keluarga YZF-R dan menggunakan enjin CP2 689 cc dari MT-07.

Dari segi kelengkapan, motosikal ini dipasangkan cekam A&S® (Assist & Slippers),cowl yang memaksimumkan prestasi aerodinamik, saluran bentuk M dan lampu lensa berkembar yang juga dibawa dari siri YZF-R.

Yamaha MT-09

Yamaha MT-09

Motosikal ini pula popular di negara kita. Dilengkapi enjin 889 cc tiga silinder dengan berat dikurangkan kepada empat kilogram yang di antaranya hasil penggunaan SpinForged Wheel.

Teknologi roda itu menggunakan kaedah pembuatan flow forming dan hasilnya roda jadi lebih nipis dan ringan.

Teknologi SpinForged Wheel pernah ditulis dan boleh dibaca di sini.

Selain itu, MT-09 mempunyai bunyian yang melonjakkan irama tork dan pecutan melalui rekaan dan talaan ekzos dan kemasukan (intake).

Reka bentuk pula tidak perlu digambarkan lagi, MT-09 hadir dengan gayaan tersendiri.

Penulis: Muhammad Md Tajudin