Yamaha SpinForged Wheels, teknologi roda jadi lagi nipis dan ringan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha SpinForged Wheels
Yamaha SpinForged Wheels
Satu perkara menarik tentang pengeluar kenderaan ialah program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ada kalanya didedahkan kepada umum dan ada juga terus tersimpan rapat di dalam bangunan penyelidikan.

Program R&D menghasilkan teknologi, revolusi dan evolusi yang digunakan pada kenderaan.

Baru-baru ini Yamaha berkongsi tentang teknologi pembuatan roda yang menjadikannya lebih nipis dan ringan.

Teknologi itu dikenali sebagai Yamaha SpinForged Wheels dan dibangunkan untuk model MT-09 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha MT-09 2021

Sebagai sebuah syarikat berpengalaman, Yamaha telah banyak menghasilkan inovasi baharu seperti penuangan (casting) roda magnesium secara massa untuk YZF-R1 pada tahun 2015.

Teknologi pembuatan roda Yamaha SpinForged Wheels adalah satu daripada daripada program penyelidikan aluminium.

Menariknya, individu penting atau pakar aluminium dalam projek ini ialah seorang wanita bernama Kahori Oshima dari Jabatan Bahan Yamaha Motor.

Roda Yamaha SpinForged Wheels dibuat menggunakan kaedah flow forming.

Yamaha MT-09 2021

Sebelum itu apakah kaedah flow forming?

Ianya melibatkan pembentukan (forming) atau melebarkan dan regangan roda dari bahagian dalam sehingga ukuran atau lebar yang dikehendaki.

Regangan itu dibuat menggunakan tekanan dengan cara dipusingkan (flow) selepas selepas siap penuangan.

Proses ini melebarkan (stretch) dan memampat (compress) aluminium dan meningkatkan kekuatan tegangan (tensile). 

Hasil akhir menjadikan roda lebih ringan dan kuat.

Roda kereta tidak sama dengan motosikal

 

Yamaha SpinForged Wheels

 

Bagaimanapun, proses tersebut lazimnya digunakan bagi pembuatan roda kereta dan sangat berbeza untuk motosikal.

Roda kereta tidak memerlukan bahagian yang serupa pada kedua-dua belah sisi luar dan dalam.

Dengan itu, Yamaha melakukan kajian dengan mendalam termasuk menggunakan kombinasi aluminium berbeza bagi mencari bahan, kaedah serta kekuatan dan ketahanan bersesuaian.

Cabaran tersebut dapat ditangani oleh bahagian kejuruteraan dan pembuatan Yamaha dan mereka berjaya mencipta aloi aluminium khas dan proses pemanasan baharu.

 

Yamaha MT-09 2021

 

Projek itu juga membolehkan Yamaha menghasilkan roda motosikal secara massa yang pertama menggunakan kaedah flow forming.

Seperkara lagi yang utama, Yamaha SpinForged Wheels pada MT-09 2021 mempunyai ketebalan 2 mm berbanding 3.5 mm pada model terdahulu.

Roda depan dan belakang pula 700 gram lebih ringan.

Nampak seperti tidak seberapa namun cukup penting untuk industri motosikal apabila roda dapat dibuat menggunakan kaedah flow forming.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Yamaha MT-09 2022 kini boleh dibeli dalam warna Cyan Storm dan Tech Black, serta layangan grafik…
Berita Global
Antara perubahan yang ketara dibawakan adalah reka bentuk lampu utama yang diapit dengan DRL LED…
Pelancaran Motosikal
Motosikal yang menjalani proses pemasangan tempatan (CKD) di kilang HLYM dekat Sungai Buloh,…