Yamaha RX-Z 'rancak' diseludup melalui Sungai Golok

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Yamaha RX-Z antara kenderaan yang dikesan mula aktif diseludup masuk ke dalam negara melalui Sungai Golok di Kelantan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah berkata, untuk rekod tahun ini setakat Mac, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati lima komoditi utama yang mencatatkan nilai rampasan tertinggi ialah kenderaan, rokok, dadah, minuman keras dan tekstil serta selebihnya lain-lain komoditi membabitkan 1,856 kes.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, bagi tempoh itu, rampasan termasuk cukai direkodkan berjumlah RM350.18 juta iaitu peningkatan 181.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu RM124.30 juta.

"Bagi kenderaan, sebanyak 221 kes dicatatkan membabitkan rampasan 385 unit dengan nilai RM27.55 juta.

"Antara kenderaan yang dirampas ialah Yamaha RXZ, Toyota Vellfire dan Alphard serta Mercedes," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM di Putrajaya pada Selasa.

Beliau berkata, modus operandi penyeludupan kenderaan ialah membawa masuk kenderaan dari negara jiran sebelum dijual dengan harga murah.

Katanya, bagi kenderaan ini ada juga yang dipandu dibawa masuk ke dalam negara serta menggunakan kontena di Pelabuhan Klang.

"Bagi Yamaha RXZ, motosikal ini dikesan diseludup masuk melalui Sungai Golok menggunakan perahu selain guna kenderaan lori. Kita percaya cubaan ini mula aktif sejak dua tahun lalu apabila harga pasarannya melonjak kira-kira RM15,000 seunit.

"Kita telah tempatkan anggota risikan termasuk kawasan tepi sungai bagi mengesan aktiviti ini," ujarnya.

Mengulas lanjut, bagi komoditi lain iaitu rokok, 711 kes direkodkan babit rampasan lebih 125 juta batang dengan nilai RM10.61 juta, dadah pula merekodkan 139 kes dengan rampasan 847.41 kilogram babit nilai RM29.56 juta.

Kata beliau, komoditi keempat paling tinggi dirampas ialah minuman keras dengan 244 kes babit nilai rampasan RM8.92 juta, manakala tekstil (14 kes) dengan rampasan berjumlah RM3.85 juta.

Tegasnya, orang ramai digesa membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan dan diingatkan untuk tidak terlibat dengan kegiatan terbabit.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan menerusi sekatan jalan raya dan rondaan dilakukan…
Informasi
  Perkara itu dikongsikan Nik Mohd. Zulkiflee Lee menerusi Kelab Jual Beli RXZ di Facebook hari…
Berita Domestik
  Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh di jalan raya…