Yamaha RX-Z berjaya dijual pada harga RM60,000!

oleh SALINA JALIL|
Motosikal keluaran Yamaha iaitu RX-Z dan 125zr masing-masing melonjak harga serta mencipta sejarah apabila berjaya terjual dengan harga puluhan ribu.


Yamaha RX-Z yang mula dilancarkan pada pertengahan tahun 80-an itu sudah ditamatkan pengeluarannya sejak 2011 dan model ini masih lagi mengumpul jumlah peminat yang ramai sehingga kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setelah ditamatkan pengeluarannya oleh Yamaha, model ini menjadi punca sekaligus menjadi rebutan peminat yang melabelnya sebagai lagenda atau ‘rare’.

 

Terbaru, tular di media sosial apabila seorang pemuda mengiklankan motosikal Yamaha RX-Z untuk dijual kembali dalam keadaan 90 peratus New Old Stock (NOS) dengan harga mencecah RM62,000.

 

Selain itu, pemuda berkenaan juga menawarkan pembelian bersama (combo) dengan helmet jenama Bell berwarna oren pada harga RM65,000 dengan jumlah kedua-duanya bernilai RM122,000.

 

Harga yang ditawarkan nyata mengejutkan ramai peminat dua roda sekaligus mengundang kecaman berikutan harga yang dikatakan tidak masuk akal.

 

Walaupun mendapat kecaman ramai, tidak sampai 24 jam diiklankan di Facebook, pemiliknya tetap berjaya menjual motosikal Yamaha RX-Z itu pada harga RM60,000 kepada seorang pembeli dari Kedah.

 

Jelas pemilik asal motosikal tersebut, Joe Shaari berkata, seorang pembeli dari Kedah telah membeli motosikalnya pada harga RM60,000 baru-baru ini.

 

“Alhamdulillah, rezeki Allah luas, jangan kita kecilkan, RX-Z biru bohjan telah terjual dengan harga RM60,000 oleh seorang pemberani dari Kedah.

 

“Terima kasih kepada semua yang kongsi pos saya, yang kecam tu kita relaks-relaks saja sebab mereka lah yang mempromosikan pos saya,” jelasnya.

 

 

 

– K! ONLINE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan menerusi sekatan jalan raya dan rondaan dilakukan…
Informasi
  Perkara itu dikongsikan Nik Mohd. Zulkiflee Lee menerusi Kelab Jual Beli RXZ di Facebook hari…
Berita Domestik
  Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh di jalan raya…