Yamaha R1 GYTR 2019 - cuma 20 unit!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha telah melancarkan model khusus untuk mereka yang gemar turun ke litar.

Dipasang secara eksklusif oleh kru Pasukan Yamaha Racing, hanya 20 unit sahaja yang akan dibina untuk pasaran seluruh dunia.

Yamaha menyambut ulangtahun model R1 untuk yang ke-20 dan model itu terus menjadi ikon superbike. Bentuknya yang seksi dan penunggangan yang mantap menjadikan R1 antara lagenda di dalam industri dua roda ini. 

Model R1 GYTR (Genuine Yamaha Technology Racing) ini diadakan untuk menyambut ulangtahun model tersebut.

 

 

Dengan panel-panel gentian karbon termasuk sarung tangki dan corong kemasukan udara (ram air ducting), komponen-komponen perlumbaan seperti radiator, palang hendal, suis dan sebagainya, motosikal ini ditala benar-benar untuk perlumbaan.

Sistem gantungan ialah dari Ohlins depan dan belakang (sepit udang FGRT 219 dan penyerap hentak TTX36 di belakang) sementara sistem ekzos lengkap ialah model Akrapovic Evo 2 Titanium.

 

 

Brek semestinya Brembo dengan angkup GP4-RX dan cakera-cakera T-Drive 320mm. Tayar Bridgestone V02 digunakan, slick sahaja. 

Pelbagai lagi komponen khusus dari pasukan kejuruteraan perlumbaan Yamaha diberikan, memadai dengan harganya €39,500 atau RM188,000 (tanpa cukai).

Jika anda rasa 20 unit itu menjadikan ia sukar untuk dimiliki, jangan sedih bila kami beritahu bahawa Yamaha yang akan memilih siapa yang bakal menjadi antara 20 pemilik itu ya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…