Yamaha perbaharui Tracer 700

oleh HEZERI SAMSURI|
Yamaha mungkin belum lagi membawa masuk model Tracer 700 sports tourer untuk pasaran Malaysia tetapi dengan pembaharuan terkini model itu, nampaknya Hong Leong Yamaha tidak ada sebab untuk menunggu lagi.

Tracer 700, varian "tinggi untuk MT-07 itu diberikan perubahan kosmetik dan ini menyebabkan ia akan mengingatkan anda kepada model superbike mereka, YZF-R1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
meter tracer

 

Enjin 689 cc kembar-selari itu kini menghasilkan 72.4 hp, rendah sedikit kerana Yamaha perlu memastikan ia melepasi piawaian Euro 5 untuk pasaran Eropah tahun hadapan.

Panel meter turut ditukar dan diberikan skrin digital berwarna, bukan lagi jenis LCD hitam putih seperti jam Q&Q dari Mydin.

 

 

Setting untuk sistem gantungan dilakukan agar penunggang dapat merasakan pengendalian yang lebih jitu dari ADV middleweight ini.

Model ini adalah pesaing untuk Kawasaki Versys 650 dan Honda CB 500 X serta V-Strom 650.

Cadangan kami untuk Hong Leong, bawa masuk dan berikan pakej pannier sekali. Ramai kaki ADV di Malaysia ini sebenarnya!

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…