Yamaha NMax 2022 dengan warna Matt Green, Matt Blue - harga dari RM9,498

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan model skuter Yamaha NMax 2022 dengan dua pilihan warna baharu, iaitu Matt Green dan juga Matt Blue.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nmax berwarna Matt Blue dipadankan dengan rim 13 inci berwarna hitam, sementara Nmax Matt Green pula dipadankan dengan rim 13 inci berwarna gangsa.

 

NMax


Dari segi kuasa, Yamaha NMax 2022 masih lagi mengekalkan nadi silinder tunggal 155 cc SOHC sejukan cecair yang menghasilkan kuasa setinggi 15.2 hp @ 8,000 rpm, dan daya kilas 13.9 Nm @ 6,000 rpm, serta transmisi tali sawat V-automatik.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan lengan ayun di bahagian belakang, sementara brek pula menggunakan jenis rotor 230 mm depan dan belakang.

 

Nmax


Kapasiti tangi bahan api pula adalah 7.1 liter sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 765 mm.

Skuter NMax yang telah dikemaskini boleh didapati di kesemua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 19 Julai 2022, dengan harga jualan bermula dari RM9,498.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…