Yamaha Niken + pengecas turbo = Gila berkuasa!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yamaha Niken - superbike yang membawakan konsep baharu menampilkan tiga buah roda, dua di hadapan dengan fork hadapan upside-down dan kelebaran yang lebih berbanding superbike biasa. 

Dalam keadaan standard, enjin tiga silinder sebaris 847 cc yang diambil secara terus dari saudaranya Yamaha MT-09 mampu menghasilkan 115 hp dan daya kilas 88 Nm. 
 


Untuk tampil lain dari yang lain, Yamaha Motor Australia minggu lalu telah mendedahkan sebuah projek Niken Turbo yang dipercayai merupakan Niken dengan pengecas turbo pertama di dunia. 

Motosikal hasil kerja tangan Trooper Lu's Garage of New South Wales itu menampilkan turbo Garret yang dimuatkan pada bahagian bawah motosikal, terima kasih kepada Ben Shaw daripada Extreme Crations. 
 


Untuk memberikan pengendalian yang lebih berkesan, fork USD buatan khas digunakan pada bahagian hadapan Yamaha Niken ini.

Penggunaan sistem turbo Garret pula dikatakan mampu memberikan penambahan kuasa 33 kuasa kuda, menjadikan kuasa keseluruhan Niken ini meningkat kepada angka 148 hp!
 


Segala gas-gas pembakaran dari Niken ini disalurkan keluar dengan lancar menerusi sistem ekzos kustom yang diakhiri dengan peredam Akrapovic. 

Bagi menampakkan Yamaha Niken Turbo ini lebih garang dan lebih kepada motosikal kembara, sebuah top box besar turut dimuatkan di bahagian belakang. 
 


Dengan penampilan Niken Turbo yang serba unik dan garang ini (dan konfigurasi tiga roda), anda mungkin sekali akan melupakan kehadiran barisan motosikal kembara yang biasa didengari dewasa ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti motosikal konvensional yang menggunakan fork di bahagian hadapan, Kawasaki…