Kawasaki daftar paten motosikal tiga roda - ringkas tapi kompleks!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah Yamaha Niken dan beberapa buah motosikal yang lain, Kawasaki merupakan pengeluar motosikal terkini yang mendaftarkan paten untuk motosikal beroda tiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti motosikal konvensional yang menggunakan fork di bahagian hadapan, Kawasaki menggunakan pautan mendatar (horizontal links) yang menyambungkan kedua-dua roda hadapan. 
 


Struktur yang menyambungkan kedua roda hadapan ini direka bagi mengekalkan kedua-dua roda di dalam penjajaran yang sama dan ini membolehkan motosikal mencondong ke sisi ketika mengambil selekoh. 

Tugas penyerapan segala hentakan daripada jalan diserahkan kepada sistem suspensi monoshock dan spring yang diposisikan di belakang dua roda hadapan. 
 


Manakala untuk membelok dalam kelajuan yang rendah, Kawasaki menggunakan sistem steering knuckle and rod yang terletak di bahagian hadapan. 

Menurut Kawasaki, 'struktur ringkas' ini dikatakan lebih ringan berbanding komponen konvensional, namun jika dilihat dengan lebih teliti, struktur tersebut sebenarnya nampak begitu kompleks. 
 


Dengan penggunaan sistem baharu ini, jarak antara roda motosikal tersebut nampak lebih panjang, namun ia diseimbangkan dengan stance atau penampakan motosikal yang lauh lebih rendah, dan lebih sporty berbanding Yamaha Niken.

Adakah solusi Kawasaki ini bakal menjadi kenyataan? 

 

Yamaha Niken

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…