Yamaha MT-09 2020 kini dengan warna baharu, harga dari RM48,920

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor telah mendatangkan kemaskini terhadap model motosikal Yamaha MT-09 untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang dibawakan termasuklah penawaran warna baharu Yamaha Racing Blue dan grafik baharu, manakala warna Ice Fluo dikekalkan seperti penawaran tahun lalu.

Namun, dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan dan masih kekal dengan nadi tiga silinder sebaris 847 cc sejukan cecair yang menghasilkan 115 PS dan 87.5 Nm pada putaran enjin 8,500 rpm.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi enam nisbah kelajuan, manakala tayar pula didatangkan dengan saiz 120/70ZR17 hadapan dan 180/55ZR17.

Kapasiti tangki bahan api pula mampu menampung petrol sehingga 14 liter manakala ketinggian tempat duduk pula adalah sekitar 820 mm.

Bagi yang berminat, Yamaha MT-09 2020 boleh didapati di kesemua pengedar Hong Leong Yamaha Motor dengan harga bermula dari RM48,920 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…