Yamaha Lagenda 115Zi 2020 dengan tiga warna baharu, harga kekal tidak berubah (RM5,180)

oleh Mohamad Hanif|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan kemaskini penawaran warna baharu untuk motosikal Yamaha Lagenda 115Zi untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga warna yang dimaksudkan adalah warna biru, merah serta Matt Grey, dan dijangka boleh didapati di kesemua pengedar rasmi di seluruh negara bermula pada September ini.

 


Harga jualan pula masih kekal dan tidak berubah (RM5,180).

Motosikal aras mula dari Yamaha ini hadir dengan enjin silinder tunggal bersesaran 113.7 cc yang mampu menghasilkan 9.9 kuasa kuda dan daya kilas 9.9 Nm, dengan sistem suntikan bahan api.

 


Antara kelengkapan standard termasuklah sistem brek cakera hadapan, tangki bahan api sebesar 4.05 liter, sistem suspensi hadapan teleskopik dan lengan buai di belakang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…