Yamaha jadi pembekal rasmi 25 skuter NMAX 125cc untuk paddock MotoGP

oleh Mohamad Hanif|
Yamaha bakal membekalkan sejumlah skuter NMAX untuk kegunaan paddock MotoGP untuk beberapa tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, Yamaha telah pun diberikan kepercayaan oleh Dorna untuk menjadi pembekal skuter untuk kegunaan ketika sukan MotoGP semenjak tahun 2005.

Sejumlah 25 unit Yamaha NMAX bersesaran 125 cc akan dibekalkan kepada Dorna Sports untuk digunakan di setiap penganjuran MotoGP, bermula di pusingan Portugal di Portimao.

 


Menurut Paolo Pavesio, Pengarah Pemasaran dan Sukan Permotoran Yamaha Motor Europe N.V. berkata, "Yamaha telah menjadi pembekal rasmi skuter untuk Dorna Sports, dan FIM MotoGP World Championship sejak tahun 2005, dan kami berbangga kerjasama ini berterusan untuk tahun 2021.

"Dengan ciri-ciri yang ada pada NMAX 125 seperti ketangkasan, kestabilan, ruang storan yang besar serta DNA Yamaha, ia telah menjadi model paling laris terjual di Eropah dan Asia, dan satu produk yang terbaik bagi memenuhi keperluan di paddock MotoGP.

Yamaha NMAX 125 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal yang menghasilkan 12 kuasa kuda dan 11.2 Nm, di mana versi facelift telah pun dilancarkan di Eropah pada tahun lalu bersama-sama kembar NMAX 155 cc.

Sumber: Visordown

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…