Polis Northamptonshire guna skuter hibrid! Ubah suai Yamaha Tricity

oleh Muhammad Md Tajudin|
WMC300FR
WMC300FR
White Motorcycle Concepts (WMC), sebuah syarikat kejuruteraan dari United Kingdom telah memulakan pengeluaran motosikal hibrid elektrik WMC300FR dan menariknya dibuat untuk Polis Northamptonshire.

Seperti yang dilaporkan di dalam artikel sebelum ini, WMC dan Polis Northamptonshire telah bekerjasama dalam membangunkan motosikal ini dan WMC sendiri beroperasi di daerah tersebut.

Bersama dengan beberapa lagi syarikat kejuruteraan seperti EY3, TotalSim dan Productiv projek ini dibangunkan dalam tempoh lebih empat tahun lalu.

WMC300FR pertama kali diperkenalkan sebagai prototaip pada Jun 2021 kini memasuki fasa pengeluaran berdasarkan permintaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
WMC300FR

 

Skuter tiga roda ini direka secara khusus untuk kegunaan penggerak balas pertama (first responder) dan kenderaan rondaan komuniti.

Jika ada yang dapat cam skuter ini, benar ianya diubah suai daripada Yamaha Tricity 300 dan kekal dengan enjin 292 cc asal.

Ubah suai yang dibuat pula bukan sekadar cabut dan pasang dan memasarkannya.

WMC300FR

WMC pakar dalam bidang aerodinamik motosikal dan telah membangunkan WMC250EV dengan kelajuan mencecah 400 km/j.

Satu inovasi yang dihasilkan WMC ialah Venturi Duct iaitu saluran udara atau terowong di dalam motosikal.

Terowong itu berfungsi untuk mengurangkan seretan dengan mengggunakan laluan di dalam badan motosikal bagi mengalirkan udara terus ke belakang.

 

WMC300FR

 

Kaedah itu meningkatkan kecekapan tenaga dengan mengurangkan nisbah seretan aerodinamik secara signifikan dan juga mengurangkan pelepasan karbon sehingga 50 peratus.

Enjin 292 cc Tricity dipadan bersama bantuan kuasa hibrid dengan dua bateri 56V 12Ah litium-ion boleh tanggal EGO Power+.

Komponen skuter seperti kotak barang dan salur diperbuat daripada gentian karbon gred aeroangkasa yang dikitar semula dan dibangunkan oleh pakar komposit X Works.

WMC300FR

Berapa kadar penggunaan minyak skuter ini? WMC memaklumkan untuk tunggangan di bandar, seliter petrol boleh bergerak sehingga 44 kilometer! (44 km/l / 104 mpg).

Sebagai sebuah motosikal hibrid, enjin akan berfungsi seperti biasa pada kelajuan lebih 48 km/j.

Bateri boleh tanggal pula bermakna pengguna tidak perlu tunggu bateri siap dicas dan menariknya skuter ini boleh menjadi punca kuasa untuk menggunakan perkakasan elektrik.

Berapa harga WMC300FR? Sekitar £14,000 (RM72,468).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

WMC300FR