We Ride As One: Himpun lebih 530 Ducatisti di Malaysia, 18,000 Ducatisti secara global

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tarikh 4 Mei (Sabtu) lepas menyaksikan acara tahunan We Ride As One oleh Ducati yang telah menghimpunkan penunggang Ducati seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Acara We Ride As One tahun 2024 menyaksikan sejumlah 18,000 pemilik Ducati berhimpun secara global, termasuk lebih 530 Ducatisti di Malaysia.

 

2

 

Hampir kesemua model Ducati dari pelbagai kategori dapat dilihat seperti Multistrada, Hypermotard, Monster, Scrambler dan Panigale telah bersama-sama menikmati perjalanan dengan keunikan jentera masing-masing.

 

3

 

Acara di Malaysia menyaksikan perjalanan di dua lokasi iaitu Lembah Klang dengan 330 Ducatisti dan Pulau Pinang dengan 200 Ducatisti.

Acara di Lembah Klang bermula dari Ducati Welly Sungai Buloh, menuju ke Jambatan Seri Gemilang dan Jambatan Seri Saujana, kemudian ke lokasi terakhir di Kelab Tasik Putrajaya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…