Wan Zulkiflee dilantik sebagai Pengarah DRB-Hicom

oleh SALINA JALIL|
Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas DRB-Hicom Bhd mulai 1 Ogos.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, konglomerat automotif itu berkata Wan Zulkiflee mempunyai pengalaman luas dalam sektor minyak dan gas dan ketika ini memegang jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd dan Malaysia Aviation Group Bhd sejak 1 Julai lalu.

 

"Wan Zulkiflee memulakan kerjayanya di Petronas pada 1983 sebagai jurutera proses yang terbabit dalam pembangunan beberapa loji pemprosesan gas.

 

"Seterusnya, tahun-tahun berikutnya Wan Zulkiflee memegang pelbagai jawatan dalam kumpulan PETRONAS," tambahnya.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang pemasangan kenderaan DRB-Hicom di Pekan, Pahang menjadi lokasi pertama di Asia Tenggara…
Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…