Wahai anak muda, Rolls-Royce Black Badge ini untuk anda

oleh Muhammad Md Tajudin|
Katalah anda dimurahkan rezeki dan dikurniakan kekayaan melimpah ruah. Anda pula masih muda dan minat pula dengan kenderaan bangsawan dan kerabat diraja seperti Rolls-Royce (RR).

Model manakah yang mahu anda beli? Ghost, Wraith, Dawn, Phantom atau SUV Cullinan?

Kecuali Wraith, model-model lain tampak seperti lebih sesuai untuk individu senior.

Kecenderungan ini sebenarnya merugikan kerana golongan hartawan muda masa kini juga mempunyai citarasa tersendiri.

Mereka tidak semestinya membeli Ferrari, Lamborghini, McLaren atau Porsche.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Rolls-Royce Black Badge Wraith

 

Rolls-Royce menyedari peluang ini dan memperkenalkan siri model Black Badge khusus untuk pelanggan muda.

Di Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, Rolls-Royce membawakan dua model khas iaitu Black Badge Wraith dan Ghost.

Menarik tentang Black Badge Wraith ialah RR tidak semestinya berwarna hitam atau biru gelap. Wraith ini tampil dengan warna Galileo Blue bagi menyerlahkan sifat dinamik kereta dua pintu ini.

Tidak cukup dengan warna biru, satu garis halus berwarna Mandarin dikenakan pada sisi kereta supaya tampak kontra dan elegan.

Pada bahagian dalam pula RR mengenakan balutan kulit berwarna Arctic White dan Navy Blue dengan kontra warna Mandarin seterusnya menyerlahkan keterampilan kereta super mewah ini.

 

Rolls-Royce Black Badge Wraith

 

Black Badge Wraith dilengkapi enjin 6,592 cc V12 turbo berkembar berkuasa 632 PS pada 5600 rpm dan tork 870 Nm daripada 1700 hingga 4500 rpm. Enjin ini dipadankan bersama transmisi automatik 8 kelajuan.

Sebuah lagi yang dibawa ialah Black Badge Ghost berwarna Gunmetal dengan dua kemasan iaitu Iced satin pada bahagian atas dan deep gloss pada bahagian bawah.

Kereta super mewah dengan gaya maskulin dan utilitarian ini diriasi dengan sedikit elemen kontra berwarna Lime Green pada penutup rim.

Berbeza dengan bahagian luar, interior kereta ini didatangkan dalam warna hitam dan kontra Lime Green yang lebih jelas pada kerusi dan poket pintu.

 

Rolls-Royce Black Badge Ghost

 

Terdapat juga elemen gentian Technical Fibre pada perehat lengan untuk tampak trendi dan mewah buat pelanggan muda.

RR Black Badge Ghost dilengkapi enjin 6,592 cc V12 turbo berkembar berkuasa 612 PS pada 5250 rpm dan tork 840 Nm daripada 1650 hingga 5000 rpm. Enjin ini dipadankan bersama transmisi automatik 8 kelajuan.

Kedua-dua model ini jauh dipamerkan di Geneva dan tidak menjadi masalah jika anda ingin memilikinya.

Pada Oktober tahun lalu, Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur telah memperkenalkan kedua-dua model Black Badge ini.

Harganya? Bermula daripada RM 2.3 juta. Berpatutan jika anda bandingkan dengan Ferrari atau Lamborghini dan ia jauh lebih selesa untuk pemanduan harian. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Rolls-Royce Black Badge Ghost

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…