Jetta 2019 masih mengekalkan penggunaan enjin turbo 1.4 liter daripada model sebelum ini (147hp, 249Nm tork). Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang mana ia adalah standard untuk kesemua varian. Hanya versi asas Jetta S ditawarkan pilihan transmisi manual enam kelajuan. Dimensi Jetta kini juga lebih panjang dan lebih lebar berbanding generasi terdahulu.
Berikut merupakan senarai ciri-ciri tambahan mengikut varian daripada versi asas sehinggalah versi premium.
Jetta S - $19,395 (RM75,058)*
-transmisi manual 6 kelajuan/auto 8 kelajuan
-lampu utama LED
-rim 16 inci
-unit audio 6.5" skrin sentuh dengan Apple CarPlay dan Android Auto.
Jetta SE - $23,005 (RM89,029)*
-bumbung suria panorama
-kawalan suhu automatik
-sistem masuk tanpa kunci dan butang mula memandu
-tempat duduk kulit dengan pemanas terbina dalam
Jetta R-Line - $23,845 (RM92,280)*
-rekaan kit badan sporty
-rim 17 inci dengan kemasan kelabu gelap
-kemasan dalaman warna hitam
-rekaan bumper belakang yang berlainan
Jetta SEL - $25,265 (RM97,775)*
-wiper dengan sensor pengesan hujan
-bantuan pencahayaan dalaman suram
-penggunaan skrin digital 10.3 inci Digital Cockpit
-ciri keselamatan aktif (lane keeping assist, adaptive cruise control dan suluhan lampu tinggi automatik)
Jetta SEL Premium - $27,795 (RM107,566)*
-kerusi pemandu dengan penyejuk suhu dan simpanan memori terbina dalam
-rim 17 inci dual tone
-lampu kabus
Apa yang menarik perhatian ialah terdapat tawaran Pakej Driver's Assistance yang mana ia menawarkan amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan automatik dan sistem pengawasan titik buta kepada varian paling asas.
Tawaran ini dilihat cukup menarik bagi mereka yang mahukan pakej keselamatan yang setanding dengan varian yang lebih mewah pada harga yang lebih rendah tanpa perlu membeli varian yang lebih tinggi. Harga bagi pakej tambahan ini berharga $450 (RM1741)*.
Jetta 2019 dijangka bakal memasuki pasaran pada bulan hadapan. Namun tiada sebarang berita bagi pasaran Malaysia. Amat menarik untuk melihat bagaimana pihak VPCM bakal memposisikan harga pasaran Jetta terbaharu di sini.
Sumber: Car and Driver
*berdasarkan pertukaran matawang semasa