VW Passat Elegance, Tiguan JOIN tawar kelebihan tersendiri di dalam segmennya!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passat Elegance merupakan versi kemaskini terhadap sedan segmen D Passat yang dilancarkan pada awal tahun lalu dengan beberapa ciri menarik seperti rekaan lampu LED yang diperbaharui, bumper dan juga kehadiran perkataan Passat melintangi bahagian belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara ruang kabin pula didatangkan dengan sistem hiburan Modular Infotainment Matrix (MIB3), kluster meter digital bersaiz 11.7 inci serta kemasan yang lebih elegan.

Hanya satu varian enjin sahaja ditawarkan, iaitu enjin 2.0 liter TSI yang berupaya menghasilkan 190 PS dan 320 Nm, sistem transmisi DSG klac basah tujuh nisbah kelajuan dan memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.5 liter/100 km.

 


Sementara model crossover Tiguan JOIN pula merupakan sebahagian daripada siri model edisi khas JOIN yang dilancarkan kira-kira dua tahun yang lalu, bertujuan untuk memberikan sedikit kelainan terhadap penawaran SUV Volkswagen.

Spesifikasi Tiguan JOIN adalah berdasarkan Tiguan Highline namun dengan penambahan aksesori seperti rekaan bumper yang lebih sporti, spoiler belakang, kemasan trunk, tip ekzos krom, filem tint VW, emblem JOIN serta kehadiran tempat pemijak sisi daripada aluminium.

Volkswagen Tiguan JOIN hadir dengan enjin 1.4 liter TSI yang menghasilkan 150 PS dan daya kilas 250 Nm, sistem transmisi DSG enam nisbah kelajuan serta penggunaan bahan api serendah 6.7 liter/100 km.

 


Harga jualan pula bermula dari RM172,108 untuk model Tiguan JOIN dan RM181,856 untuk model Passat Elegance (selepas pengecualian cukai jualan 100 peratus).

Berdasarkan pemanduan ringkas terhadap kedua-dua model ini, Volkswagen Passat Elegance dan Tiguan Highline JOIN ini dilihat menawarkan kelebihan yang tersendiri untuk segmen masing-masing dan lebih bernilai untuk setiap wang yang dibelanjakan.

Untuk ulasan yang lebih lanjut boleh ditonton menerusi pautan video di bawah:
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara selama lima hari itu bakal menyajikan barisan kenderaan terkini Volkswagen seperti Beetle,…
Berita Domestik
Setelah diperlihatkan menerusi laman media sosial, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) secara…