Volkswagen Passat Elegance 2020 - kemaskini lebih elegan, harga dari RM188k

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun yang lalu, Volkswagen Passat facelift (B8.5) telah pun dilancarkan untuk pasaran Eropah menampilkan reka bentuk yang lebih elegan dan kemaskini terhadap penawaran ciri yang semakin canggih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah diperlihatkan menerusi laman media sosial, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) secara rasminya melancarkan sedan saiz pertengahan Volkswagen Passat B8 untuk pasaran Malaysia. 

Ditawarkan dalam varian tunggal 2.0TSI Elegance, sedan segmen D ini menerima beberapa perincian yang minimum seperti seksyen lampu kabus yang lebih bersegi, gril yang direka semula dan juga lampu utama yang lebih tirus. 
 


Perubahan diteruskan di bahagian belakang dengan set lampu LED, bumper yang direka semula dengan bukaan ekzos yang lebih bersegi, dan perkataan Passat yang diposisikan di bahagian bawah boot lid. 

Secara standard, Passat 2.0TSI Elegance ini hadir dengan lampu matrix LED IQ.Light, rim bersaiz 18 inci Liverpool serta tayar bersaiz 235/45. 
 


Manakala ruang kabin pula turut menerima sistem Modular Infotainment Matrix (MIB3) generasi ketiga, skrin paparan info aktif Digital Cockpit bersaiz 11.7 inci, sambungan kepada peranti pintar Apple CarPlay dan Bluetooth, serta tiga slot USB.

Aspek yang dinaiktaraf termasuklah kemasan pintu rekaan baharu, 30 pilihan warna pencahayaan ambien, dan stereng balutan kulit yang dilengkapi butang pelbagai fungsi. 

Keselesaan penumpang menjadi keutamaan dengan tempat duduk yang dibaluti kulit lembut dan boleh dilaras 12 cara, sistem pendingin hawa Climatronic 3 zon dan ruang but seluas 586 liter. 
 


Seperti nama yang tertera, hanya ada satu varian sahaja ditawarkan dan ia didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter TSI menghasilkan 190 PS dan 320 Nm yang dipadankan dengan transmisi klac basah DSG tujuh nisbah kelajuan. 

Ia memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 6.5 liter untuk setiap 100 kilometer (data WLTP).

 


Ciri keselamatan yang didatangkan termasuklah Bantuan Pemantauan Sisi, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Sistem Pemantauan Titik Buta, dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar bagi melengkapi Kawalan Kestabilan Elektronik, Brek Anti-Kunci, Bantuan Brek, Intelligent Crash Response System (ICRS), Bantuan Mula Mendaki, Sistem Brek Pasca-Pelanggaran Automatik dan Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif. 

Terdapat enam warna pilihan termasuklah Aquamarine Blue, Manganese Grey, Reflex Silver, Tamarind Brown, Deep Black dan Oryx White. 

 


Harga jualan pula bermula dari RM187,990 dan setiap pembelian Volkswagen Passat Elegance didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan, servis percuma untuk tempoh tiga tahun termasuklah kos buruh dan alat ganti serta insurans percuma selama setahun. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara ruang kabin pula didatangkan dengan sistem hiburan Modular Infotainment Matrix (MIB3),…
Berita Domestik
Acara selama lima hari itu bakal menyajikan barisan kenderaan terkini Volkswagen seperti Beetle,…