VW Lighting Concepts - apabila lampu utama, belakang mampu 'berkomunikasi'

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi isyarat cahaya telah lama digunakan sebagai medium komunikasi di dalam bidang pertahanan dan ketenteraan lama dahulu sebelum Alexander Graham Bell mencipta sistem telefon yang mampu menghubungkan dua manusia pada jarak yang jauh pada tahun 1876.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, dengan ciri kepantasan unsur cahaya bergerak dari satu tempat ke satu tempat menjadikan ia sebuah medium komunikasi ringkas yang paling berkesan pada waktu itu.

Dengan kepantasan perkembangan teknologi masa kini, cahaya kini bukan sahaja digunakan sebagai satu alat untuk menerangi kegelapan malam, malah manusia kembali menggunakan cahaya sebagai salah satu medium komunikasi yang paling berkesan. 
 


Jikalau sebelum ini Mercedes-Benz tampil dengan Digital Light yang mampu 'berkata-kata' bagi pihak anda, Volkswagen juga turut sama menunjukkan kepada dunia bagaimana sistem ciptaan mereka mampu membawakan fungsi yang serupa pada masa akan datang. 

Sistem VW Lighting Concepts menggunakan sistem pencahayaan jenis LED yang terdiri daripada 30,000 unit matrix yang telah diprogramkan untuk berkomunikasi kepada pihak luar dengan cara membentuk beberapa isyarat bercorak pada muka jalan raya. 
 


VW juga menunjukkan kemampuan sistem canggih ini untuk menunjukkan jalan yang paling selamat untuk dilalui oleh kereta dan juga pejalan kaki bagi mengurangkan kemungkinan pelanggaran.

Sistem VW Lighting Concepts ini tidak terhad kepada aplikasi pada lampu utama hadapan semata-mata, malah sistem lampu matriks yang lebih ringkas juga mampu dimuatkan pada lampu belakang membolehkan kenderaan memberikan komunikasi dua arah kepada pengguna jalan raya sekeliling. 
 


VW menggunakan contoh pada lampu belakang Golf yang berkemampuan untuk memaparkan beberapa isyarat amaran, bahkan ia juga mampu memaparkan maklumat yang penting seperti status pengecasan bateri untuk kereta elektrik ketika anda berada di luar kenderaan. 

Pada masa akan datang, sistem ini mungkin akan diperluaskan penggunaannya kepada beberapa fungsi yang lain dan ciri kustomisasi bersesuaian dengan jiwa pemilik kenderaan. 
 


Harapnya sistem lampu canggih ini tidak didatangkan dengan pilihan simbol isyarat jari tengah yang mana ia bakal menjadi kesukaan sesetengah pengguna. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…