VW jual 97% lebih banyak EV pada 2021, masa untuk EV dah tiba?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen ID.3
Volkswagen ID.3
Kumpulan Volkswagen adalah syarikat yang menghuni kelompok jualan automotif tertinggi di dunia.

Di bawahnya ada banyak subsidiari dengan Volkswagen Passenger Cars sahaja mencatat jualan sekitar 5.3 juta unit pada tahun 2020.

Kereta Volkswagen dibuat di lebih 30 buah lokasi di 13 negara dan syarikat Jerman itu mempunyai 184,000 pekerja di serata dunia.

Selain kereta dengan enjin pembakaran dalaman, Volkswagen turut menjual kenderaan elektrik (EV) seperti  ID.3 dan ID.4.

Dengan jutaan unit jualan setiap tahun, berapakah jualan EV Volkswagen?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen ID.3
Volkswagen ID.3

 

Untuk tahun 2021, jualan EV lebih daripada 369,000 unit atau peningkatan sebanyak 73 peratus berbanding tahun 2020.

Jualan tersebut merangkumi 106,000 PHEV (plug-in hybrid) dengan 33 peratus peningkatan dan 263,000 unit EV atau 97 peratus pertambahan!

Dari segi nisbah, jumlah itu jauh daripada angka keseluruhan namun ianya adalah tanda penerimaan positif pengguna.

 

Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4

 

Walaupun jualan EV meningkat tinggi, prestasi keseluruhan Volkswagen menurun lapan peratus kepada sekitar 4.897 juta unit kenderaan.

Di antara faktor penurunan tersebut ialah gangguan bekalan semikonduktor yang membantutkan pengeluaran kenderaan dan memberi impak kepada jualan.

Di sebalik penurunan tersebut, Volkswagen sebenarnya mempunyai 543,000 pesanan yang belum disiapkan di Eropah dan secara amnya menunjukkan prestasi baik.

 

Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4

 

Berikut adalah fakta jualan Volkswagen pada tahun 2021:

  • Pegangan jualan kenderaan bateri elektrik (BEV) dan hibrid meningkat kepada 7.5 peratus berbanding 4 peratus pada tahun 2020.
  • Di Eropah, jualan kenderaan tersebut mewakili 19.3 peratus jualan pada tahun 2021.
  • Jualan kenderaan elektrik meningkat dengan signifikan di Amerika Syarikat, China dan Jerman.
  • Di Jerman, satu daripada empat kenderaan terjual ialah jenis PHEV.
  • Di China, jualan BEV adalah sebanyak 77,100 unit atau peningkatan 437 peratus! Dari jumlah tersebut, lebih 70,000 adalah dari siri ID.
  • Jumlah itu meletakkan Volkswagen sebagai satu daripada lima pembekal BEV utama di China.
  • Hampir 17,000 BEV terjual di Amerika Syarikat atau hampir 20 kali lebih banyak berbanding tahun 2020.
  • Volkswagen berada di tangga keempat sebagai pengeluar BEV di Amerika Syarikat.

Model EV mana paling laris?

 

Volkswagen ID.4
Volkswagen ID.4

 

Volkswagen bukan baharu tetapi sudah beberapa tahun merancang untuk menawarkan EV secara massa dan hasilnya adalah siri model ID.

Model BEV terlaris Volkswagen pada tahun 2021 ialah ID.4 dengan jualan sebanyak 119,650 unit daripada 263,000 unit keseluruhan.

Di tempat kedua ialah ID.3 sebanyak 76,000 unit dan satu-satunya model bukan keluarga ID. iaitu e-up! di tempat ketiga sebanyak 41,500 unit.

 

Volkswagen ID.6
Volkswagen ID.6

 

ID.6 yang hanya dijual di China pula mencatatkan jualan hampir 18,000 unit.

Di Eropah, ID.4 mencatatkan jualan BEV terlaris di Sweden, Denmark, Finland dan Ireland. Model itu juga digemari di Amerika Syarikat dengan jualan hampir 17,000 unit.

Di China, model itu berada di tangga kedua dalam senarai SUV elektrik.

Fokus pada SUV berbaloi, Golf nombor satu

 

Volkswagen Tiguan Allspace

 

Tidak boleh dinafikan lagi SUV adalah segmen yang popular pada hari ini. Selain EV, Volkswagen sebenarnya telah memberikan perhatian pada segmen ini pada peringkat awal lagi.

Jualan SUV pada tahun 2021 lebih 40 peratus daripada keseluruhan berbanding 34.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Hampir tiga suku jualan Volkswagen di Amerika Syarikat adalah SUV dan angka tertinggi sejak tahun 2013.

 

Volkswagen Golf GTI Clubsport 45

 

Di Jerman pula, Golf adalah model terlaris walaupun mempunyai isu dengan pembekalan semikonduktor.

Untuk tempoh mendatang, Volkswagen menjangkakan pengeluaran akan stabil selari dengan masa dan mahu menyiapkan lambakan tempahan secepat mungkin.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…