VW Golf R sepatutnya hadir dengan enjin lima silinder sebaris Audi

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, Volkswagen Golf R generasi baharu dilaporkan sepatutnya hadir dengan enjin lima silinder sebaris yang diperoleh daripada Audi?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada majalah automotif Autovisie, Volkswagen dilihat mempunyai perancangan untuk memasukkan enjin lima silinder sebaris daripada Audi bersesaran 2.5 liter TFSI. 

Namun, menurut salah sebuah pihak yang terlibat dalam projek tersebut, Audi didapati menolak permintaan Volkswagen untuk memuatkan nadi lima silinder tersebut. 

Sebab mudah - ia bakal memberikan kesan kepada penjualan model prestasi tinggi RS3 Sportback, ini kerana kebiasaannya model Volkswagen dijual lebih murah berbanding model-model Audi. 

Namun begitu, Audi tidak pernah menghalang syarikat seperti KTM dan Donkervoort untuk menggunakan enjin inline-five turbo yang terkenal itu kerana ia tidak bersaing secara terus dengan mana-mana model Audi seperti RS3, TT RS atau Q3 RS.

 


Sekiranya Audi bersetuju dengan cadangan Volkswagen tersebut, ia akan memberikan kesan kepada output kilang Gyor di Hungary di mana Audi memasang model-model A3/S3/RS3, TT/TTS/TT RS, dan model Q3/Q3 Sportback.

Walaupun tanpa enjin daripada Audi, Volkswagen tetap mempunyai perancangan tersendiri untuk model Golf R, terima kasih kepada talaan yang dilakukan terhadap enjin 2.0 liter TSI yang mampu menghamburkan 394 kuasa kuda dan 450 Nm. 

Talaan tersebut bakal membariskan Volkswagen Golf R sama padan dengan model-model hot hatch seperti RS3 dan juga Mercedes-AMG A 45 S yang berkuasa 415 hp itu.

Sumber: Autovisie
Sumber gambar: Autocar, Car and Driver

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Global
Untuk membangkitkan semula semangat jentera off-road yang hilang, syarikat Delta 4x4 tampil dengan…
Berita Global
Masuk generasi kesembilan, Golf akan berubah menjadi keluarga kereta elektrik sepenuhnya yang akan…