VW Golf R bakal dijelmakan dalam bentuk hot hatch elektrik AWD - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lepas, CEO Volkswagen Thomas Schafer mendedahkan hatchback Golf sedia ada akan menjadi generasi terakhir Golf yang menggunapakai trenkuasa bahan api fosil.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Masuk generasi kesembilan, Golf akan berubah menjadi keluarga kereta elektrik sepenuhnya yang akan diposisikan di bawah model ID.3.

Bagaimana pula dengan nasib hot hatch berprestasi tinggi Golf GTI dan Golf R?

Menurut laporan terkini daripada Autocar, generasi baharu Golf (sesetengah media menggelarkannya ID.2) merupakan model pertama yang dibangun menggunakan platform pacuan roda depan MEB-Plus.
 

golf r


Senibina terbaharu tersebut mampu menyokong tetapan motor elektrik berkembar yang menawarkan sistem pacuan semua roda (AWD), sekaligus membuka peluang kepada kehadiran hot hatch Golf R dengan resepi AWD yang sama seperti model R terdahulu.

Volkswagen sebelum ini telah mengesahkan jenama prestasi tinggi R akan menjadi model elektrik sepenuhnya pada tahun 2030, di mana beberapa model R kini sedang berada di dalam fasa perancangan.

Sama seperti plet nama GTI, VW komited untuk meneruskan penawaran model R di dalam era kenderaan elektrik.
 

golf R


Jelas Thomas Schafer, dengan menggunakan plet nama sedia ada adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan mencipta sesuatu yang baharu.

Volkswagen sebelum ini mendedahkan perancangan untuk menghasilkan hot hatch menerusi konsep ID X yang lebih rendah, lebih ringan dan lebih tegar, dengan kuasa sekitar 329 hp, pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat serta memiliki mod drift khusus.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…