VW dedah lima konsep modifikasi kereta Atlas, Arteon, Jetta, Golf dan Tiguan

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara SoWo: The European Experience yang bakal berlangsung di Georgia pada minggu ini, Volkswagen telah mendedahkan lima versi modifikasi yang telah dilakukan terhadap Atlas, Arteon, Jetta, Golf dan Tiguan.
Kawasaki Legend Reborn

Walaupun tiada sebarang modifikasi peningkatan prestasi dilakukan, pujian harus diberikan kepada VW kerana membawakan kelainan kepada modifikasi kenderaan tersebut. 
 

VW Atlas 2018 Tanner Foust SEMA Concept


Ini merupakan versi Atlas yang telah diubah suai oleh pemandu rallycross dan bekas pengacara Top Gear USA, Tanner Foust. 

Penampilan Atlas ini diserikan penggunaan tayar off-road, fender flares yang dibolt pada badan kereta, rak kargo dan lampu limpah off-road.
 

VW Arteon 2019 R-Line Highlight


Nama Highlight itu berkemungkinan besar adalah permainan perkataan (pun) kepada warna kuning-hijau yang digunakan seakan warna highlighter kegemaran pelajar sekolah suatu ketika dahulu. 

Arteon ini dimodifikasi secara ringan melibatkan penukaran kepada rim 20 inci dan suspensi coilover aftermarket yang merendahkan badan kereta sebanyak 3 inci berbanding sistem suspensi asal.
 

VW Jetta 2019 R-Line SoCal


Jetta yang baharu sahaja dilancarkan ini telah diubah suai dengan penggunaan prototaip coilover aftermarket yang merendahkan badan sebanyak 3 inci, menampakkan stance yang gagah. 

Jetta ini telah dilayangkan dengan warna putih dan diserikan dengan jalur yang diinspirasikan daripada Jetta generasi kedua. 
 


VW Golf 2018 R Abstrack Concept


Ia mendapat inspirasi nama daripada penggunaan balutan vinyl kustom di seluruh badan Golf ini. 

Selain daripada rim 20 inci, Golf ini turut dipakaikan skirt sisi kustom, sistem ekzos baharu, dan stereng daripada gentian karbon dengan kemasan jahitan biru pada trim kulit berwarna hitam. 
 


VW Tiguan 2018 R-Line Aero


Gambar Tiguan di atas ini berkemungkinan besar akan menyebabkan bos kami menziarahi pusat pameran Volkswagen untuk menyambar sebuah Tiguan. 

Dengan badan yang direndahkan sebanyak 5 inci daripada ketinggian asal, Tiguan ini menggunakan rim sebesar 20 inci dan ditambah dengan kemasan balutan vinyl seluruh badan. 

Terdapat ruang kargo tambahan diletakkan di atas bumbung. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah, dengan ciri kepantasan unsur cahaya bergerak dari satu tempat ke satu tempat menjadikan ia…
Berita Global
Namum begitu menurut Oliver Blum, Ketua Eksekutif Porsche, diesel masih tetap menjadi penjana…
Berita Global
Oleh itu, tidak menghairankan apabila mereka memperlihatkan model konsep yang tidak dilengkapi…