Volvo umum pelaburan dalam Spectralics - hasilkan filem optik nipis ganti HUD konvensional

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars baru-baru ini mengumumkan pelaburan yang dibuat cabang modal terokanya, Volvo Cars Tech Fund dalam syarikat pemula teknologi pengimejan dan optik Spectralics.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelaburan di dalam Spectralics ini membolehkan Volvo mendapatkan akses awal kepada komponen tindanan optik yang dinamakan sebagai multi-layered thin combiner (MLTC) - filem optik nipis jenis baharu yang mampu membentuk paparan pada permukaan kaca.  

Ia boleh diaplikasikan pada permukaan cermin hadapan sebagai paparan head-up (HUD) yang menggantikan HUD konvensional, selain membuka kemungkinan baharu bagi integrasi teknologi realiti terimbuh untuk kegunaan pemandu.

Menurut Lee Ma, ketua Volvo Cars Tech Fund berkata, "Spectralics merupakan satu portfolio yang sesuai untuk kami, dan kami percaya teknologi yang dibawakan mempunyai potensi untuk menetapkan standard baharu untuk sistem paparan dan kamera generasi berikutnya.

Sebagai makluman, Spectralics merupakan sebuah syarikat pemula Israel yang sebelum ini memfokuskan tumpuan dalam bidang aeroangkasa.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…