Volvo Trucks lancar trak tugas sederhana FL, FE Electric, jarak gerak cecah 450 km

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Trucks baru-baru ini mengumumkan ketibaan dua model trak tugas sederhana berkuasa elektrik, iaitu Volvo FL Electric dan FE Electric dengan kapasiti bateri yang lebih bertenaga, dan jarak gerak yang lebih jauh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut spesifikasi, Volvo FL Electric membawakan motor elektrik tunggal berkuasa 241 hp (180 kW), dengan dua pilihan kapasiti pek bateri iaitu 280 kWh atau 565 kWh.
 

volvo


Dengan konfigurasi 3 bateri (280 kWh), Volvo FL Electric boleh bergerak sejauh 280 km, atau sehingga 450 km dengan konfigurasi 6 bateri.

Sementara Volvo FE Electric pula menampilkan dua motor elektrik, kuasa sehingga 302 hp (225 kW), kapasiti pek bateri 280-375 kWh, dan jarak gerak sehingga 275 km untuk sekali cas penuh.
 

Volvo


Menurut Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk Volvo Trucks, Jessica Sandström berkata, "dengan jarak gerak mencecah 450 km, trak elektrik kami bersedia untuk menggantikan keseluruhan armada trak diesel bandar.

"Volvo FL dan FE Electric menghasilkan emisi dan bunyi bising yang minima yang mampu memberikan manfaat kepada persekitaran, pemandu, serta mereka yang tinggal dan bergerak di dalam bandar," ujarnya.
 

volvo


Menurut Volvo, dengan menggantikan sebuah Volvo FL atau FE diesel dengan versi elektrik, serta menggunakan elektrik hijau mampu mengurangkan penghasilan sehingga 30 tan CO2 setiap tahun.

Sejak mula menghasilkan trak elektrik sepenuh masa pada 2019, Volvo Trucks telah menjual hampir 5,000 unit trak elektrik di 40 buah negara di seluruh dunia.

Mereka menyasarkan separuh daripada jualan global terdiri daripada trak elektrik menjelang tahun 2030.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Global
Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang…
Berita Global
Penghantaran lori FH Electric itu akan dilangsungkan sehingga hujung tahun ini walaupun Volvo…