Volvo panggil kembali 2.2 juta unit kenderaan global - masalah tali pinggang keledar!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan usaha Volvo dalam menetapkan tahap keselamatan setiap pelanggannya, serta misi untuk memastikan tiada siapa yang mati atau tercedera akibat pelanggaran atau kemalangan di dalam sebuah kereta Volvo.
Modenas

Malah, Volvo juga turut tidak mempatenkan hasil ciptaan tali pinggang keledar tiga poin yang muncul pada tahun 1958 supaya ia mampu memberikan manfaat kepada lebih satu juta nyawa dalam masa empat dekad.

Namun, tiada satu pun perkara yang sempurna pasal Volvo, dan ironinya, kes panggil semula terbesar pernah dibuat oleh Volvo yang diumumkan baru-baru ini melibatkan 2.2 juta unit kenderaan Volvo di seluruh dunia adalah berpunca daripada masalah tali pinggang keledar!

Menurut laporan daripada Reuters, Volvo mengesahkan terdapat masalah pada tali pinggang keledar pemandu dan penumpang hadapan yang berpunca daripada kabel keluli yang menghubungkan antara komponen tersebut dengan kenderaan.

 


Menurut Volvo lagi, bergantung kepada cara dan masa penggunaan, kabel yang dimaksudkan itu akan menjadi lusuh dan ia mampu mengurangkan fungsi kekangan (restraint) terhadap tali pinggang keledar tersebut.

Mujur, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan yang dilaporkan berpunca daripada masalah ini walaupun ia memberikan kesan kepada sejumlah besar kenderaan Volvo di seluruh dunia.

Laporan daripada Automotive News menyebut beberapa model tahun pembuatan 2006-2019 yang terjejas termasuklah:

Volvo S60
Volvo S60L
Volvo S60 Cross Country
Volvo V60 Cross Country
Volvo XC60
Volvo V70
Volvo XC70
Volvo S80
Volvo S80L

Di negara asal Volvo sahaja terdapat lebih daripada 400 ribu unit yang terjejas, dan 308 ribu unit lagi datang dari pasaran Amerika Syarikat.

Sumber: Reuters, Automotive News

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama ini bakal menyaksikan kepakaran Waymo dalam pembangunan perisian 'pemandu' yang…
Berita Global
Namun, apakah logik dan rasional di sebalik had laju 180 km/j itu? Dalam satu temubual yang…
Berita Global
Seperti mana yang dijanjikan, langkah tersebut akhirnya dilaksanakan secara rasmi apabila semua…