Volvo P1800 Cyan GT - restomod berkuasa 345 hp, spesifikasi yang lebih mesra jalan jauh

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun yang lepas, divisyen perlumbaan Cyan Racing menunjukkan kepakaran mereka dalam projek restomod berasaskan model klasik Volvo P1800.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini Volvo P1800 Cyan itu lebih berorientasikan litar lumba, kali ini Cyan Racing mahu menawarkan spesifikasi yang lebih selesa dengan personaliti sebuah grand tourer (GT) yang sebenar.

Disebabkan itu juga, anda boleh melihat pendekatan rekaan yang lebih ringkas diwujudkan pada bahagian luaran dan dalaman Volvo P1800 Cyan GT ini.
 

Cyan


Berbanding model asal yang diperlihatkan pada tahun 2020, Cyan Racing telah memadankan sistem gantungan boleh laras yang lebih lembut bertujuan untuk menawarkan lebih keselesaan bagi perjalanan jarak jauh.

Bukan itu sahaja, pihak Cyan Racing turut menambah penggunaan bahan kedap bunyi serta memasang sangkar keselamatan titanium untuk ruang kabin.

Tempat duduk yang lebih selesa itu dibaluti dengan bahan kulit berwarna pasir, diikuti dengan salutan fabrik pada bahagian lain.
 

Cyan


Volvo P1800 Cyan GT ini masih lagi mengekalkan nadi 2.0 liter turbo namun dengan talaan kuasa serendah 345 hp, bertujuan untuk menjadikan jentera GT ini lebih mudah untuk dipandu.

Nadi tersebut dipadankan dengan kotak gear manual Holinger lima nisbah kelajuan, di mana segala kuasa yang dihamburkan itu tadi disalurkan kepada roda belakang.

Menurut Cyan Racing, setiap satu unit Volvo P1800 Cyan GT ini memakan masa 12 hingga 15 bulan untuk disiapkan.
 

Cyan


Harga jualan bagi model P1800 Cyan GT ini tidak didedahkan, namun sebagai makluman Volvo P1800 Cyan yang asal dijual pada harga bermula dari £379,000 (RM2.28 juta).

Yang pasti, sama seperti model asal, P1800 Cyan GT ini akan dihasilkan dalam unit yang terhad.

Baca: Volvo P1800 Cyan Restomod

Baca: Cyan Racing dedah rekaan ruang kabin Volvo P1800 Restomod

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai makluman, P1800 Cyan merupakan jelmaan semula dari model Volvo P1800 yang diberikan nafas…
Berita Global
Jelmaan P1800 zaman moden ini dinamakan sebagai Volvo P1800 Cyan, dan ya, ia sebenarnya dibangunkan…
Berita Global
Catatan terbaharu yang dicatatkan oleh Cyan Racing (lebih dikenali dengan nama Polestar sebelum ini…