Lupakan Megane RS Trophy-R, ini jentera FF terpantas di Litar Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Tujuh minit dua puluh perpuluhan satu saat di Litar Nurburgring.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Catatan terbaharu yang dicatatkan oleh Cyan Racing (lebih dikenali dengan nama Polestar sebelum ini) berjaya memecahkan dua rekod lama di dalam dua kategori yang berbeza - kenderaan pacuan dua roda hadapan (Front Engine, Front Wheel Drive, FF) dan sedan empat pintu!

Bagi mereka yang terlepas pandang, sebelum ini kereta pacuan roda hadapan terpantas di Litar Neraka Hijau disandang oleh Renault Megane RS Trophy-R dengan catatan masa 7 minit 45.3 saat. 

 


Manakala rekod sedan terpantas sebelum ini (bulan lalu) dipegang oleh Jaguar XE SV Project 8 yang mencatatkan masa 7 minit 23.1 saat. 

Sebagai perbandingan tambahan, rekod terpantas jentera empat pintu masih lagi dipegang oleh Subaru WRX STI Type RA NBR dengan catatan masa 6 minit dan 57 saat!

Jentera berkuasa 528 kuasa kuda dan 504 Nm itu dikendalikan oleh pelumba Cyan Racing, Thed Björk dengan kelajuan purata 170.4 km/j mengelilingi litar Nordschleife (North Loop) sepanjang 20.8 km itu. 
 


Kuasa disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi sekuential enam nisbah kelajuan yang dikawal dengan paddle shifter di sebalik stereng. 

Kuasa yang disalurkan itu mampu menjadikan Lynk & Co 03 Cyan Concept ini memecut sepantas 4.4 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 310 km/j!
 


Berkenaan status jentera ini, menurut laman web Motor1.com yang mengajukan persoalan kepada pihak Cyan Racing, jentera 03 Cyan Concept ini sebenarnya sudah pun didaftarkan dan halal digunakan di atas jalan Sweden. 

Manakala versi produksi pula khabarnya akan dijual dengan spesifikasi yang sama seperti asal dan terhad kepada beberapa pelanggan VIP sahaja. 
 


Cyan Racing atau Polestar bukanlah satu nama yang aneh didengari di Litar Nurburgring, malah tiga tahun yang lalu (2016) pasukan itu pernah memecah rekod litar tersebut menerusi jentera Volvo S60 Polestar.

Rekod rahsia yang dipegang kemas selama setahun itu (7 minit 51 saat) kemudian berjaya dipecahkan oleh Alfa Romei Giulia Quadrifoglio dengan catatan masa 7 minit 32 saat. 

Saksikan bagaimana Lynk & Co 03 Cyan Concept beraksi di Litar Nurburgring menerusi kamera onboard. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekod terpantas di Litar Nurburgring bagi kategori kereta produksi untuk tahun 2019 masih lagi…
Berita Domestik
Sebagai rekod perbandingan, catatan masa terbaik yang dicatatkan sebelum ini adalah 2:18.997 yang…
Berita Global
Sebagai contoh, jika pada tahun 2016, Lamborghini Huracan Performante berjaya mencatatkan masa 6…