Volvo Cars lantik Johan Ekdahl sebagai Ketua Pegawai Kewangan

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars baru-baru ini melantik Johan Ekdahl sebagai Ketua Pegawai Kewangan berkuat-kuasa 1 September 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau telah berkhidmat sebagai pemangku CFO sejak Jun tahun ini menggantikan Björn Annwall yang memegang kedudukan terbaharu sebagai Ketua Pegawai Komersial dan Naib CEO.

Johan memiliki kelulusan ijazah sarjana di dalam Perniagaan dan Ekonomi dari University Gothenburg, dan pernah bekerja sebagai seorang juruaudit bertauliah di EY sebelum menyertai Volvo Cars.

Menurut Jim Rowan, Presiden dan Ketua Eksekutif Volvo Cars berkata, "Johan merupakan seorang pemimpin kuat yang menggandingkan kepakaran kewangan serta pengetahuan mendalam dalam perniagaan kami.

"Latar belakang dan kepakaran beliau amat penting untuk peranannya sebagai CFO dalam membantu memacu ke arah cita-cita strategik dan menjadi sebuah pengeluar kenderaan elektrik penuh menjelang tahun 2030.

"Kedudukan kewangan kami kukuh, dan kami bersedia untuk mencapai cita-cita strategik kami.

"Kewangan memainkan peranan penting sepanjang perjalanan, dan saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan Volvo Cars yang hebat untuk memacu pertumbuhan mampan dan menguntungkan," jelas Johan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…