Volvo Cars, Geely gabung operasi enjin pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman yang baharu dibuat, Volvo Cars dan Geely telah memutuskan untuk menggabungkan operasi enjin pembakaran dalaman sedia ada sebagai satu perniagaan mandiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kedua-dua syarikat besar itu, langkah ini akan membolehkan mereka untuk menubuhkan sebuah syarikat pembekal global yang akan membangunkan enjin pembakaran dalaman dan enjin hibrid generasi baharu.

Ini juga akan membolehkan Volvo memberikan fokus kepada pembangunan varian elektrik sepenuh masa pada kereta-kereta premium mereka, selaras dengan misi mencapai separuh daripada jumlah jualan global adalah kereta elektrik menjelang tahun 2025.

Trenkuasa hibrid yang akan dibekalkan oleh perniagaan baharu ini bakal memanfaatkan syarikat di bawah Geely seperti Geely Auto, Proton, Lotus, LEVC dan juga Lynk & Co

Selain daripada itu, entiti baharu ini juga mampu membekalkan unit enjin kepada pihak ketiga. 
 
Operasi entiti baharu ini dijangka akan menggunakan khidmat kira-kira 3,000 orang daripada Volvo Cars dan 5,000 orang lagi daripada operasi enjin Geely, termasukla unit R&D, perolehan, pembuatan, IT dan juga kewangan tanpa melibatkan pengurangan pekerja. 

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Volvo Cars, Hakan Samuelsson berkata, "kereta hibrid memerlukan enjin pembakaran dalaman yang terbaik, dan unit operasi baharu ini akan memiliki segala sumber, skala, dan kepakaran bagi membangunkan unit trenkuasa hibrid yang lebih berkesan.

Segala perincian berkenaan unit entiti baharu ini masih lagi dalam perancangan dan juga kelulusan daripada kedua-dua belah pihak. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…