Volvo Cars beli keseluruhan pegangan Geely di China

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars mengumumkan pengambilalihan pegangan syarikat induk Zhejiang Geely Holding daripada syarikat usaha sama mereka di China, dan langkah ini membolehkan Volvo Cars membuat penyenaraian awam (IPO) bagi menarik lebih banyak pelabur berpotensi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geely yang turut memiliki 9.7 peratus pegangan di dalam Daimler itu pada awal tahun lalu mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk Volvo termasuk IPO dan penyenaraian pasaran saham.

Ia merupakan perkembangan terbaharu setelah kedua-dua belah pihak Geely Automobile dan Volvo Cars membatalkan perancangan untuk bergabung pada Februari lalu.

Menurut penganalisa Handelsbanken Capital Markets, Hampus Engellau berkata, dengan mengambil alih kawalan penuh terhadap perniagaan di China mampu melancarkan usaha penyenaraian IPO oleh Volvo Cars.

"Semakin jelas struktur pemilikan, semakin jelas pegangan pihak berkepentingan di dalam syarikat, maka semakin  mudah bagi para pelabur untuk mempertimbangkan pelaburan mereka," tambah beliau.

 


Pakar analisis berpendapat beberapa syarikat automotif luar bakal mengambil langkah yang serupa di pasaran terbesar dunia itu, memandangkan syarat gabungan dengan syarikat usahasama tempatan akan dilonggarkan pada tahun depan.

Peraturan tersebut sudah pun tidak terpakai kepada pengeluar kenderaan elektrik, dan ini membolehkan Tesla Inc beroperasi sepenuhnya di China, sementara Volkswagen juga turut sama mengawal penuh perniagaan kenderaan elektrik di bandar timur Hefei.

Langkah terbaharu yang diambil oleh Volvo Cars ini memberikan pemilikan penuh terhadap kilang penghasilan kenderaan di Chengdu dan Daqing, operasi perniagaan di China, serta fasiliti pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang terletak di Shanghai.

Tahun lalu, Volvo Cars berjaya menjual kira-kira 166,000 unit kenderaan di China, dan kebanyakan pengedar menawarkan diskaun harga bagi membolehkan ia bersaing rapat dengan jenama mewah lain seperti BMW dan Audi.

Menurut Volvo Cars, transaksi yang tertakluk kepada persetujuan pengawalseliaan itu bakal dilaksanakan dalam dua peringkat, bermula pada tahun 2022 dan termuktamad secara rasminya pada tahun 2023.

Namun begitu, CEO Volvo Cars Hakan Samuelsson menjelaskan mereka akan terus berkongsi platform dan komponen automotif dengan Geely, selaras dengan cara perniagaan bebas yang diamalkan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…