Volvo Care Key - Kunci pintar prihatin keselamatan ahli keluarga

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo sememangnya terkenal sebagai pengeluar kereta paling selamat di dunia, dan mereka sangat serius membawakan Vision 2020, di mana tiada seorang pun tercedera atau meninggal dunia di dalam sebuah Volvo. 

Selain daripada melengkapkan barisan kenderaan mereka dengan ciri keselamatan yang terkini, Volvo juga turut mengambil inisiatif dengan mengehadkan kelajuan pada 180 km/j sahaja bermula tahun hadapan. 

Baca: Volvo Cars hadkan kelajuan 180 km/j bermula 2020

Usaha terbaharu yang bakal diimplementasikan pada kereta Volvo akan datang ialah kunci pintar Care Key, membolehkan pemilik Volvo menetapkan had laju pada kenderaan mereka dengan mudah untuk diri sendiri, ahli keluarga dan juga rakan taulan. 

Ciri Care Key ini bakal menjadi satu komponen standard untuk semua kereta Volvo bermula dari tahun 2021.
 


Antara keupayaan yang dibawakan ialah ciri untuk menurunkan kelajuan tertinggi sesebuah kereta terutama apabila kereta tersebut digunakan oleh ahli keluarga atau rakan-rakan yang masih hijau pengalaman pemanduan mereka. 

Menurut Hakan Samuelsson, Ketua Eksekutif Volvo Cars berkata, "sebagai sebuah pengeluar kenderaan, kami percaya sebuah kereta mempunyai tanggungjawab untuk menambahbaik kadar keselamatan trafik semasa.

"Dengan Care Key, ia bakal menjadi satu contoh yang membolehkan pemilik membenarkan perkongsian kereta tanpa perlu risau akan keselamatan ahli keluarga atau rakan yang menggunakan kenderaan mereka," tambah beliau lagi.

Bukan itu sahaja, sebagai satu langkah menjadikan Vision 2020 lebih meluas, Volvo Cars juga kini sedang merancang untuk memanggil beberapa syarikat insurans bagi menawarkan kadar premium khas kepada komuniti Volvo yang menggunakan ciri keselamatan ini. 
 


Ini bagi menggalakkan lebih ramai pemandu menitikberatkan aspek keselamatan dan menggunakan teknologi sedia ada untuk kekal selamat di atas jalan raya. 

Butiran lanjut masih lagi dalam perbincangan dan kehendak pasaran itu sendiri, namun Volvo Cars bakal mengumumkan kandungan perjanjian antara firma insurans dalam masa terdekat.