Volvo Buses lancarkan bas dua tingkat B11RLE 6x2, dibina sepenuhnya di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebentar tadi bertempat di pejabat Volvo Group Malaysia Shah Alam, Volvo Buses telah melancarkan bas dua tingkat Volvo B11R Low Entry 6x2 yang direka khas untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Casis Volvo B11R Low Entry 6x2 telah diperkenalkan pada tahun 2022, dengan pelancaran pada hari ini, ia merupakan bas dua tingkat pertama yang dibina sepenuhnya dan akan beroperasi di Malaysia.

 

3

 

Volvo B11R didatangkan dengan ciri pintu masuk rendah yang menampilkan badan jenis ALPHA DD12 TQ, dimana ia menawarkan keselamatan maksimum melalui Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Sistem ADAS pada bas tersebut turut dipertingkatkan lagi dengan beberapa teknologi seperti Sistem Pemantauan Pemandu (DMS) yang berfungsi untuk memberi amaran sekiranya pemandu terleka atau tertidur.

 

2

 

Selain ciri keselamatan, badan jenis ALPHA DD12 TQ juga dibina dengan lebih lebar bersama titik graviti rendah untuk memberikan kestabilan yang lebih baik.

Volvo B11RLE 6x2 yang dibina khas untuk pasaran Malaysia itu merupakan satu lagi hasil kerjasama diantara Volvo Buses dan Truckquip Sdn Bhd (TQ).

 

4

 

TQ telah bekerjasama dengan Volvo Buses semenjak tahun 2015 untuk kerja-kerja pemasangan chasis bas Volvo bagi pasaran tempatan.

Antara pelanggan terawal yang akan menerima bas dua tingkat Volvo B11RLE 6x2 baharu itu ialah salah satu syarikat bas ekspres terbesar, iaitu Sani Express Sdn Bhd (Sani).

 

5

 

Syarikat Sani telah menandatangani tempahan sebanyak 12 unit bas Volvo B11RLE 6x2 yang akan diserahkan sepanjang tahun ini, dan akan digunakan untuk perjalanan di antara Kota Baharu dan Kuala Lumpur.

Pembelian 12 bas baharu itu sekaligus dapat meningkatkan rangkaian bas Sani yang ditawarkan ke tahap lebih tinggi, bagi menawarkan keselesaan terbaik kepada para pelanggan untuk perjalanan jauh.

 

6

 

Majlis pelancaran bas itu tadi telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Pengarah Urusan Sani Express, Wan Mohd Iskandar Bin Dato' Salleh, dan Duta Sweden ke Malaysia, H.E. Ambassador Joachim Bergstrom.

Sempena pelancaran bas tersebut, Volvo Buses dan Truckquip Sdn Bhd turut menganjurkan acara Ride and Drive yang memberikan pengalaman kepada peserta untuk merasai bas baharu itu melalui rombongan di sekitar Shah Alam.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganjuran persidangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Volvo Buses terhadap Program…
Berita Global
Selasa lalu (5 Mac), University Teknologi Nanyang (NTU) dan Volvo Buses melancarkan fasa pengujian…