Volvo uji operasi bas elektrik swapandu di Singapura

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selasa lalu (5 Mac), University Teknologi Nanyang (NTU) dan Volvo Buses melancarkan fasa pengujian bas swapandu yang dikatakan unit pertama di dunia memiliki keupayaan sedemikian. 

Ia merupakan sebahagian daripada program kerjasama antara NTU dan Land Transport Authority (LTA) bagi membangunkan fasa percubaan bas swapandu utnuk laluan tetap dan laluan berjadual di sana. 

Bas elektrik dek tunggal Volvo 7900 dikatakan mampu memuatkan 80 orang penumpang pada satu-satu masa, selain bebas pencemaran dan menggunakan 80% kurang tenaga berbanding bas diesel konvensional. 

Bagi menjalankan pemanduan swapandu, Volvo telah melengkapkan bas ini dengan pelbagai sensor pengesan dan kawalan navigasi yang dikawal oleh sistem kecerdasan buatan (AI). 
 


Ia termasuklah sistem pengesanan cahaya dan jarak, kamera stereo yang mampu merakam imej berbentuk tiga dimensi serta penggunaan sistem satelit navigasi termaju untuk memberikan input lokasi yang sangat jitu dengan kadar ketepatan sehingga 1 cm!

Sebuah model bandar telah dibina di dalam prasarana kampus untuk menyediakan litar ujian bagi menguji kadar keselamatan yang ditawarkan sebelum ia diperluaskan kepada jalan umum. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Domestik
“Sebagai permulaan operasi, tiket dijual dengan kadar diskaun 30 peratus sehingga 31 Disember 2023…